web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aisyah Aziz Tampil Berhijab, Mahu Allah Kuatkan Hati

Aisyah memanjatkan doa kepada Allah agar menunjukkan jalan supaya dia kuat untuk melepaskan perkara yang seharusnya dilepaskan.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2024 4:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan cerita baharu, rasanya sudah ramai yang tahu tentang penampilan terkini penyanyi Singapura, Aisyah Aziz yang kini mengenakan hijab atau bertudung.

Penghijrahan Aisyah ini disambut dengan baik oleh peminatnya dan ramai mendoakan agar penyanyi dan juga adik kepada penyanyi Alif Aziz ini kekal istiqamah.

Dalam satu perkongsian di Instagram story, Aisyah memberitahu beliau memanjatkan doa kepada Allah agar menunjukkan jalan supaya kuat untuk melepaskan perkara yang seharusnya dilepaskan.

"Allah benar-benar menguji saya pada Januari 23, dan menunjukkan jalanNya kepada saya. Saya mendekatkan diri dengan solat melalui kawan-kawan. Saya mendapat ketenangan dalam kesendirian. Saya menemui hubungan baru dengan (ibu bapa saya).

“Saya menemui makna dalam kesederhanaan. Saya meringkuk menangis sendirian di rumah, mempersoalkan diri sama ada dapat melepaskan diri daripada urusan duniawi dan kemudian mendapati diri saya mengerjakan umrah pada penghujungnya. Allah Maha Besar," tulisnya.

Aisyah Aziz dengan Kumpulan Junas. - gambar Instagram Aisyah Aziz
Aisyah Aziz dengan Kumpulan Junas. - gambar Instagram Aisyah Aziz

Penampilan Aisyah mula menimbulkan tanda tanya apabila beliau berkongsi dua keping foto pada 17 Disember lalu dengan menutup kepala.

Perkongsian pada 17 Disember lalu. - gambar Instagram Aisyah Aziz
Perkongsian pada 17 Disember lalu. - gambar Instagram Aisyah Aziz

Bagaimanapun, pada hantaran itu, Aisyah tidak menyentuh tentang penampilan terbaharunya itu.

Aisyah menyatakan bahawa beliau bersyukur dengan segala-galanya, dan berharap dapat terus memperbaiki diri di tahun baharu ini. – Getaran, 6 Januari 2024

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

5

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

6

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN