web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mat Sentol Terima Anugerah Kehormat Permata Dunia MMU

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2023 4:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pelawak dan pelakon veteran filem Melayu, Abdul Rasip Yahya atau lebih dikenali sebagai Mat Sentol menerima Anugerah Kehormat Permata Dunia daripada Universiti Multimedia (MMU).

Anugerah julung kali diperkenalkan MMU itu diberikan kepada Abdul Rasip bagi mengiktiraf dan menghargai jasa serta sumbangannya dalam bidang seni sinematik dan industri kreatif tanah air.  

Abdul Rasip, 90, atau lebih mesra dipanggil "Pak Mat" berkata beliau merasa sangat terharu atas penghargaan yang diberikan kepadanya itu.

“Pak Mat rasa sangat gembira sebab ada juga orang yang masih lagi ingat pada Pak Mat.

“Zaman dahulu buat filem karya seni sinematik, semua buat sendiri (berbanding kecanggihan teknologi masa ini). Saya suka mencuba, jadi idea pun datang semula jadi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Penerima Anugerah Kehormat Permata Dunia 2023 di sini semalam.

Anak kelahiran Muar yang pernah membintangi beberapa filem seperti Mat Bond, Mat Magic, Mat Karong Guni, Mat Toyol dan Mat Tiga Suku itu, turut memberikan nasihat kepada generasi muda agar sentiasa berani untuk menyahut cabaran dalam memajukan diri.

“Kepada anak-anak muda, kalau hendak buat apa-apa, buat sahaja, asalkan ia bukan perkara yang salah atau negatif,” katanya.

Keadaan kesihatan figura yang pernah aktif menghasilkan iklan televisyen dan radio antaranya Jojo, Tora, Ding Dang dan Apollo itu setakat ini adalah baik, namun pergerakannya agak terbatas disebabkan faktor usia.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MMU Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud berkata idea dan bakat serta kerja kreatif Abdul Rasip, telah mempengaruhi serta memberi impak signifikan kepada pertumbuhan seni dan kreativiti dalam masyarakat.

“Kegigihannya dalam menghasilkan teknik-teknik kesan khas produksi filem secara kreatif, berani dan berfikir di luar kotak kebiasaan mendahului zamannya, meskipun teknologi ketika itu amat terbatas.  

“Walaupun anugerah ini hanyalah kecil jika dibandingkan dengan sumbangan besar beliau dalam dunia kreatif, MMU berharap ia akan menjadi inspirasi kepada masyarakat dan beliau akan terus menjadi ikon untuk diteladani oleh pengamal industri kreatif pada masa depan,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN