web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gara-Gara Ancaman ‘Pulas Telinga’, Caprice Gagal Ulas Isu Alif Teega

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 4:25PM

gambar Instagram Caprice

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh warga siber semalam, selepas pempengaruh Alif Teega mengumumkan bernikah untuk kali kedua. Ia turut mengundang selebriti Caprice untuk mengulas mengenai perkara itu, tetapi secara sorok-sorok di dalam almari anaknya supaya tidak didengari oleh isteri.

Aksinya itu mencuit hati peminatnya apabila dia yang sedang menyorok di dalam almari kerana ingin mengulas isu tersebut atas permintaan ramai diketahui oleh isterinya, Farra Inalis.

“Ramai yang mesej saya dan minta saya bincangkan tentang ini (pernikahan kedua Alif Teega). Kita cari lokasi yang lebih baik, ini adalah topik yang sensitif,” kata Caprice sambil membawa telefonnya ke dalam almari.

Sebelum ini Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli pernah dimarahi oleh Farra ketika ingin mengulas mengenai perkahwinan kedua Abang Tesla. Dan kali ini, belum sempat dia mengulas lanjut tentang Alif Teega, Farra membuka pintu almari sambil memegang pemukul besbol.

Caprice kemudiannya menerangkan bahawa dia ingin mencari kain pelekat, namun ia dinafikan oleh Farra sambil memulas telinganya dan keluar dari almari itu.

“Okay dengar sini, kadang kala awak perlu pertimbangkan. Teruskan, cakap apa tadi tu? Awak ada nampak tak kain pelikat saya warna coklat?

“Galak awak ni! Kenapa nak cari dalam bilik adik pula?” ujar Farra sambil memulas telinga Caprice.

Suasana tersebut berjaya mencuit hati ramai pihak dan mengatakan naluri seorang isteri itu amat tepat dan sering mengetahui apa yang hendak dilakukan oleh suaminya.

“Isteri dia macam tiba-tiba muncul. Naluri seorang isteri hahahaha sangat comel,” kata seorang peminat.

Terdahulu, Alif dan isteri pertamanya, Aisyah Hijanah memaklumkan mengenai pernikahan kedua tersebut yang bertujuan untuk menghentikan semua spekulasi dan fitnah terhadap diri mereka dan keluarga. - Getaran, 27 November 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Apa Kaitan Buat Muzik Video Dengan Perjuangan Islam?- Caprice

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwaan Caprice Tak Benar, Tiada Pilih Kasih Penunggang Motosikal ‘Kapcai’, Ducati

3

Semasa 3 tahun yang lalu

SM Faisal, Caprice Bincang Selesai Kes Saman - Peguam

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Caprice Soal Motif Menteri KKM Bagi Tuala Wanita Percuma Di Pejabatnya

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN