Berita Terkini

10 minit yang lalu: UMNO akan teliti rayuan ahli digantung keahlian - Ahmad Zahid 11 minit yang lalu: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu dengan Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN 11 minit yang lalu: Ahmad Zahid - PM setuju secara dasar penubuhan SEGiM 12 minit yang lalu: Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan 2 jam yang lalu: Seorang lelaki lemas manakala 7 lagi terselamat apabila bot pancing karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, petang tadi

IKUTI KAMI


Dakwaan Caprice Tak Benar, Tiada Pilih Kasih Penunggang Motosikal ‘Kapcai’, Ducati

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 11:13AM

Caprice - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menyifatkan dakwaan pempengaruh atau penyanyi rap, Caprice bahawa penunggang motosikal ‘kayangan’ tidak dikenakan undang-undang sebagai salah dan tidak benar.

Pengarahnya, Datuk Seri Mat Kasim Karim menegaskan JPST tidak pilih kasih terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang di jalan raya.

Menurutnya, tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat tanpa mengira sama ada pelaku menunggang motosikal ‘kapcai’ mahupun Ducati.

“Mereka yang terlibat akan diambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial aksi dua kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi menjadikan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) sebagai litar untuk berlumba haram.

Kegiatan itu mengundang padah apabila ahli kumpulan terbabit menjadi buruan pihak polis.

Mengulas lanjut, Mat Kasim berkata, dua kertas siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibuka oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Selangor berhubung dua kejadian berasingan membabitkan penunggang motosikal berkuasa tinggi terbabit.

Katanya, kertas siasatan dalam proses akhir sebelum mendapat keputusan dari Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Terdapat juga kes penunggang motosikal berkuasa tinggi yang tidak memakai topi keledar apabila videonya tular di media sosial sebelum ini turut sudah diambil tindakan.

“JSPT sentiasa memastikan siasatan yang adil dan telus tidak kira latar belakang mereka yang melakukan kesalahan,” katanya.

Susulan itu, Mat Kasim berkata, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar berkaitan perkara tersebut.

Ujarnya lagi, pihaknya amat mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan kesalahan di jalan raya disalurkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terlibat.

Semalam, Caprice menerusi Instagramnya mengkritik tindakan polis yang didakwa melindungi penunggang motosikal ‘Ducati’ dan hanya mengenakan tindakan terhadap pengguna motosikal ‘marhaen’.

Dalam hantaran tersebut, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli turut memerli penunggang motosikal ‘kapcai’ yang melakukan aksi ‘wheelie’ di Kelantan kerana melakukan jenayah ‘besar’.

“Kenapa buat jenayah besar, cuba hang (kamu) buat jenayah kecil seperti curi duit berjuta-juta, dera budak kecil.

“Sapa suruh hang naik motosikal kapcai harga RM7,000. Cuba bawa Ducati yang berharga RM200,000.

“Ini budak Ducati tak ada pi mahkamah atau kena kutip sedangkan video dah jelas. Ingat lain kali kalau nak buat jenayah cuba bawa Ducati,” sindirnya. – Getaran, 6 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 11 jam yang lalu

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pelakon Hafidz Roshdi Disahkan Waras, Layak Dibicara Cederakan Isteri

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Saya Bukan Jenis Yang Sentiasa 'Say Yes' Untuk Puaskan Hati Pihak Lain - Gambit Saifullah 

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

Baru Dedah Perkahwinan - Farali Khan Tak Gemar Canang Cerita Peribadi, Kini Hamil 7 Bulan 

Sorotan

1

Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

2

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

3

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Penubuhan SEGiM Mampu Selesaikan Konflik Ekonomi Gig - GEM

oleh Aiman Sadiq

Sukan 1 hari yang lalu

‘Pelan Pembangunan Semula Kompleks Sukan Shah Alam Disemak Menyeluruh, Lalui Tatakelola Terbaik

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Rasuah OCPD: SPRM Tahan 3 Lagi Polis

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Hidup 6 Hari Di Dalam Hutan Akibat Tekanan Diselamatkan Bomba