web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Caprice Soal Motif Menteri KKM Bagi Tuala Wanita Percuma Di Pejabatnya

Caprice memuat naik satu video di laman Instagramnya mempersoal tindakan Dr Zaliha.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 1:05PM

Caprice tidak mampu hadam tindakan Dr Zaliha. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita semua sudah sedia maklum tentang isu kemiskinan haid di kalangan golongan wanita yang tidak mampu memiliki tuala wanita disebabkan kekangan wang.

Disebabkan itu, kerajaan negeri Selangor sendiri telah mengambil inisiatif untuk memberikan tuala wanita percuma kepada golongan wanita yang tidak berkemampuan.

Namun berbeza pula dengan apa yang dilakukan oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. Beliau telah memulakan inisiatif pemberian tuala wanita percuma di tandas kementeriannya.

Perkara itu telah menarik perhatian rapper dan pempengaruh media sosial, Caprice.

Tidak mampu hadam dengan laporan berita tersebut, Caprice telah mempertikaikan tindakan Dr Zaliha yang menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan selepas 67 tahun penubuhan Malaysia.

Memuat naik sebuah hantaran video di Instagramnya, Caprice memberitahu, mungkin itu idea yang bagus tapi bagaimana dengan pemberian tuala wanita percuma untuk orang miskin, orang asal, pelajar-pelajar sekolah dan di hospital sendiri?

“Menteri KKM terdahulu iaitu Khairy Jamaluddin telah meletakkan standard. Tapi sebagai menteri baru KKM, dia cadang bagi tuala wanita percuma di pejabat menteri.

“Saya tidak boleh terima ini. Kita baru sahaja melepas COVID. Come on Malaysia,” katanya melompat dan menjerit.

Menurut Caprice lagi, dia bukanlah seorang yang anti-PH, sebaliknya dia cukup anti dengan orang yang bodoh atau keputusan yang bodoh.

“Adakah ini Raja Lawak?,” soalnya lagi. - Getaran, 13 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Gara-Gara Ancaman ‘Pulas Telinga’, Caprice Gagal Ulas Isu Alif Teega

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Apa Kaitan Buat Muzik Video Dengan Perjuangan Islam?- Caprice

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwaan Caprice Tak Benar, Tiada Pilih Kasih Penunggang Motosikal ‘Kapcai’, Ducati

4

Semasa 3 tahun yang lalu

SM Faisal, Caprice Bincang Selesai Kes Saman - Peguam

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN