web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apa Kaitan Buat Muzik Video Dengan Perjuangan Islam?- Caprice

Caprice diserang netizen gara-gara muzik video yang didedikasikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 2:03PM

Caprice dikecam teruk selepas mendedikasikan lagu 'Keranamu' kepada Perdana Menteri. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gara-gara menghasilkan video muzik ‘Keranamu’ yang didedikasikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli kini diserang netizen.

Malah, ada yang turut mempersoalkan tentang perjuangannya mengetengahkan Islam.

Justeru, Caprice tampil melalui satu hantaran di akaun TikTok menjawab mereka yang menghamburkan kata-kata kecaman terhadapnya.

Jelasnya, lagu atau video muzik yang dihasilkannya dan dinyanyikan oleh MK, Yonnyboii, Sufian Suhaimi, Meefly dan Dani Kurama itu tiada kena-mengena dengan perjuangan Islam yang dibawanya.

“Apa kaitan buat muzik video untuk Perdana Menteri Malaysia dengan perjuangan Islam, dengan perjuangan Islam?” kata Caprice menerusi hantaran video TikTok capricetigerofalquds.

Dalam masa yang sama, dia turut mempersoalkan keberadaan ‘pengecam’ ketika isu pembakaran Al-Quran di Sweden dan tragedi bom di Gaza sedang hangat diperkatakan.

“Waktu Al-Quran kita kena bakar, hang dekat mana? Waktu Gaza kena bom hang kat mana?” soalnya.

“Kalau setakat letak bendera Palestin dekat bio, tak payah kot nak berkokok dekat pokok ni,” sindir Caprice.

Tegas Caprice, Anwar adalah Perdana Menteri Malaysia dan bukannya Perdana Menteri untuk satu negeri sahaja.

@capricetigerofalquds

yang tak puas hati.. cap ade pantun untuk korang.

♬ original sound - Tiger of AlQuds

Lebih berani,  Caprice turut mencadangkan untuk menghasilkan sebuah lagu untuk Pengerusi PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang jika netizen masih tidak berpuas hati.

“Boleh saja buat lagu untuk Tok Guru Hadi Awang, takda masalah. Cuma Cap tak reti nak buat lagu nasyid,” katanya.

Perkongsian video Caprice sebelum ini memaparkan Anwar yang sedang berucap dengan muzik latar lagu ‘Keranamu’ bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia untuk keluar mengundi pada Sabtu ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Hantaran tersebut dituju kepada Anwar dengan kapsyen “Kami sangat berharap anda dapat mengubah negara ini kerana rakyat dan saya sudah bosan dengan semua politik baru-baru ni. Kita semua hanya mahukan kehidupan yang lebih baik dan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita.” – Getaran, 11 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Gara-Gara Ancaman ‘Pulas Telinga’, Caprice Gagal Ulas Isu Alif Teega

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwaan Caprice Tak Benar, Tiada Pilih Kasih Penunggang Motosikal ‘Kapcai’, Ducati

3

Semasa 3 tahun yang lalu

SM Faisal, Caprice Bincang Selesai Kes Saman - Peguam

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Caprice Soal Motif Menteri KKM Bagi Tuala Wanita Percuma Di Pejabatnya

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN