web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ella Akui Alami Masalah Pendengaran, Terpaksa Pakai Alat Bantuan

Susulan itu, beliau kini menjalinkan kerjasama dengan Global Hearing Care Centre bagi menggalakkan orang ramai peka dengan kesihatan deria pendengaran

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 4:56PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Global Hearing Care Centre (GHCC), dengan kerjasama Ratu Rock negara, Ella dan Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan program komuniti yang memberi fokus kepada kesihatan pendengaran dan kelancaran pertuturan di setiap peringkat usia.

Program bertemakan ‘Ke arah pendengaran dan pertuturan yang lebih baik’ itu menyaksikan kolaborasi di antara Global Hearing Care Centre Malaysia dan Ella iaitu menerusi edisi eksklusif alat bantu dengar jenama Bernafon Alpha ‘RockQueen x GHCC’.

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2050, terdapat 700 juta penduduk dunia atau bersamaan nisbah 1 kepada 10 individu mempunyai masalah pendengaran dan memerlukan intervensi awal.

Justeru, program itu diharap meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat supaya  mengambil berat mengenai penjagaan kesihatan pendengaran.

Ia juga bertujuan memupuk sikap ambil tahu berhubung tahap pendengaran masing-masing menerusi sesi saringan pendengaran yang dikendalikan oleh barisan audiologis di Global Hearing Care Centre Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran dan Operasi Global Hearing Care Centre, Lyn Ooi berkata, pendedahan mengenai kepentingan menjaga deria pendengaran seharusnya bermula sejak awal iaitu di peringkat kanak-kanak dan ibu bapa perlu peka mengenainya.

“Dengan adanya program ini, kami berharap agar masyarakat di luar sana tidak menganggap masalah pendengaran cuma akan terjadi seiring dengan peningkatan usia,” ujar beliau.

Ella pada majlis pelancaran kerjasama bersama Global Hearing Care Centre.
Ella pada majlis pelancaran kerjasama bersama Global Hearing Care Centre.

Menyentuh mengenai kolaborasi GHCC dengan Ella, Lyn Ooi memaklumkan, pihak GHCC amat berbesar hati atas kesudian Ella untuk bekerjasama dengan mereka dan percaya bintang kesayangan ramai ini boleh membantu meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan deria pendengaran.

“Kami cukup berbesar hati apabila Ella yang telah didiagnosis mempunyai masalah pendengaran sudi bekerjasama. Selain membantu menyebarkan kesedaran mengenai isu ini, Ella juga akan mempromosikan pemakaian alat bantu dengar edisi terhad Bernafon Alpha ‘RockQueen x GHCC’ yang turut digunakan dalam aktiviti seharian Ella” ujar Lyn Ooi.

Dalam pada itu, Ella yang ditemui pihak media pada majlis pelancaran kolaborasi ini menjelaskan dia sama sekali tidak berasa malu apabila didiagnosis menghadapi masalah pendengaran sejak setahun lalu.

Jelas pelantun lagu Sembilu ini, masyarakat perlu membuang stigma yang menganggap pemakaian alat bantuan perdengaran hanya untuk mereka yang pekak.

“Tiada sebab untuk Ella berasa malu dan menganggap diri ini mempunyai kekurangan apabila mengggunakan alat bantuan pendengaran ini. Jika pemakaiannya boleh mempertajamkan

keupayaan pendengaran Ella, mengapa tidak?”

“Masyarakat perlu membuang stigma yang mengganggap pemakaian alat bantuan pendengaran ini hanya untuk mereka yang hilang pendengaran. Ella harap dengan adanya program sebegini, ia boleh memberi kesedaran kepada orang ramai supaya membuat pemeriksaan tahunan,” kata Ella.

Ella mendedahkan dia hanya mengetahui telinganya mempunyai masalah selepas menjalani pemeriksaan pada September lalu.

Antara puncanya adalah kerana dia sering terdedah kepada bunyi-bunyian yang kuat dan mengikuti aktiviti selam skuba.

Biarpun begitu, katanya, masalah pendengaran itu tidaklah serius, sebaliknya hanya pada tahap pertengahan. – Getaran, 6 November 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Tiket Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Habis Terjual

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Peminat Ella Masih Boleh Dapatkan Tiket Konsert Di Pulau Pinang

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Ella Buktikan Keunggulannya Sebagai Queen Of Rock, Hiburkan 10,000 Peminat Dengan Aksi Lincah Dan Gelagat Manjanya 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN