web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peminat Ella Masih Boleh Dapatkan Tiket Konsert Di Pulau Pinang

Walaupun kategori tiket yang ditawarkan adalah terhad, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2023 1:51PM

Poster Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Istimewa kepada peminat ratu rock negara, Ella, anda masih punya berpeluang untuk menyaksikan Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang akan berlangsung pada 28 Oktober ini di SPICE Arena, Penang International Sports Arena.

Namun, hanya tiket kategori Rockzone berharga RM86 yang masih tinggal dan ia yang paling hampir dengan pentas utama. Jadi, inilah peluang untuk melihat Ella dengan lebih dekat sambil mendengar lagu dendangannya.

Pada masa sama, peminat yang berada di Lembah Klang juga boleh merebut peluang untuk menyaksikan konsert ini. Lebih-lebih sebelum ini pernah diwar-warkan bahawa konsert ini mungkin yang terakhir daripada ratu rock itu.

Memang benar, ramai yang sudah menyaksikan konsert yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Jun lalu, namun Ella menjanjikan kelainan untuk konsert yang didedikasikan untuk peminat di sebelah utara ini.

“Sempena 35 tahun Ella berada dalam industri, ini adalah hadiah buat peminat yang menyokong karier Ella selama ini. Ia diadakan untuk peminat di utara seperti Kedah, Perlis dan Perak.

“Dari segi pemilihan lagu, 50 peratus perbezaan berbanding konsert di KL,” ujar Ella ketika sidang media pengumuman konsert berkenaan.

Masih mengekalkan tema Rock Glam, konsert yang bakal mengambil masa dua jam setengah itu akan menampilkan 25 hingga 30 lagu hits Ella, selain penampilan artis jemputan.

Gubahan dan susunan muzik konsert pula akan dikendalikan oleh pengarah muzik, Datuk Acis yang turut diiringi sembilan pemuzik profesional.

Tiket-tiket boleh dibeli di www.ticket2u.com.my . – Getaran, 17 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN