Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ella Buktikan Keunggulannya Sebagai Queen Of Rock, Hiburkan 10,000 Peminat Dengan Aksi Lincah Dan Gelagat Manjanya 

Pada usia yang sudah mencecah separuh abad, Ella masih ligat dan lincah beraksi di pentas, masih lagi mampu ‘rocking’ membawakan pelbagai genre rock dengan penguasaan vokal yang cukup mantap dan hebat. 

Muzik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 4:15PM

Lebih 10,000 penonton menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil Sabtu lalu bagi menyaksikan persembahan hebat Ratu Rock Negara, Ella. - Gambar Ellyna Ali

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Merinding bulu roma tatkala mendengar gema sorakan daripada 10,000 ribu peminat Ella yang padat memenuhi ruang Axiata Arena, Bukit Jalil, pada malam Sabtu lalu. 

Sebesar gelarannya sebagai Ratu Rock tanah air yang hingga kini tidak mampu digugat sesiapa, sebesar itu jugalah jumlah bala pengikut tegarnya yang datang menyaksikan hari pertama konsert solonya, Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di arena tersebut. Sungguh mengagumkan! 

Penampilan Ratu Rock Negara yang cukup mengagumkan. - Gambar Ellyna Ali
Penampilan Ratu Rock Negara yang cukup mengagumkan. - Gambar Ellyna Ali

Kalau dilihat pada Instagramnya, pengikut di laman media sosialnya hanyalah sekitar 225,000 ribu orang sahaja. Tidak seperti penyanyi-penyanyi lain khususnya dalam kalangan generasi lebih muda yang punya jutaan pengikut. 

Namun, dengan jumlah pengikut media sosial yang tidak sampai 500,000 ribu orang, dia mampu mengumpulkan jumlah penonton seramai itu. Bahkan, tiket konsert solonya pada hari pertama juga habis dijual dalam tempoh 24 jam.

Hebatnya lagi apabila konsertnya itu dilanjutkan pada hari berikutnya (malam Ahad) dan ia juga hampir sold out apabila Axiata Arena dipenuhi 90 peratus penonton. Semua itu membuktikan betapa besarnya pengaruh Ella di dalam industri muzik tanah air. 

Ella - Gambar Ellyna Ali
Ella - Gambar Ellyna Ali

Bahkan, pada usia yang sudah mencecah separuh abad, Ella masih ligat dan lincah beraksi di pentas, masih lagi mampu ‘rocking’ membawakan pelbagai genre rock dengan penguasaan vokal yang cukup mantap dan hebat. 

Seakan tahu apa yang peminat mahukan, Ella menyampaikan lebih daripada 30 lagu pada malam konsert tersebut yang mana hampir semua adalah lagu hits dan popularnya yang dirangkumkan daripada 10 studio album iaitu Pengemis Cinta (1989), Puteri Kota (1990), Identiti (1990), 30110 (1991), Ella USA (1994), El (1999), Ilham Bicara (2001), Simbiosis (2003), Rama-Rama (2007), Peace.Love.Rindu (2017).

Antara lagu-lagu yang dipersembahkan Ella adalah 'Belenggu', 'Kesal', 'Penawar', 'Kabus Dan Sirna', 'Retak', 'Cinta Selembut Sutera', 'Pengemis Cinta', 'Bayangan', 'Rindu', 'Simbiosis', 'Tiada Tangis Lagi', 'Kasih', 'Demi', 'Menanti' dan 'Kitalah Bintang'.

Vokal Ella juga tidak ubah seperti di dalam kaset atau CD, masih sama walaupun sedikit terserlah kedewasaannya seiring dengan peredaran usia. - Gambar Ellyna Ali
Vokal Ella juga tidak ubah seperti di dalam kaset atau CD, masih sama walaupun sedikit terserlah kedewasaannya seiring dengan peredaran usia. - Gambar Ellyna Ali

Peminat daripada lingkungan usia 20-an dan 30-an serta 40-an dan 50-an yang benar-benar membesar dengan lagu-lagunya, semuanya ikut menyanyi.

Apa yang pastinya, suara Ella juga tidak ubah seperti di dalam kaset atau CD, masih sama walaupun sedikit terserlah kedewasaannya seiring dengan peredaran usia. 

Sesekali dia bertutur dengan peminat dan terkadang mengusik mereka dengan gaya nakal dan manjanya yang cukup signifikan dengan keperibadian dirinya. 

“Cantik ke baju nih,” soal Ella sambil mengibas dan memusing badannya ke kiri dan kanan dengan salah satu baju rekaan daripada pereka fesyen antarabangsa, Khoon Hooi. Lantas ia disambut dengan sorakan peminat. Ella mengenakan tiga persalinan Khoon Hooi dalam konsert tersebut. 

Ella cukup menyerlah dalam busana yang disediakan Khoon Hooi. - Gambar Ellyna Ali
Ella cukup menyerlah dalam busana yang disediakan Khoon Hooi. - Gambar Ellyna Ali

Tetapi, peminat juga nakal dan gemar mengusik Ella sambil melakukan mimic ungkapan yang cukup sinonim dengannya sepanjang hampir 4 dekad melebarkan sayap dalam industri muzik tanah air. 

“Ella rasa….,” jerit salah seorang peminat waktu Ella mahu menyampaikan lagu seterusnya. Penonton bersorak dan menjerit lagi dan Ella kemudian turut tertawa dengan usika tersebut. 

Ada juga yang berteriak: “Ella… I love you” dan Ella juga menyatakan kembali: “I love you too…,” dengan stail yang cukup signifikan. 

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota anjuran Hitman Solutions bersama syarikat pengurusan Ella iaitu RockQueen itu  bukan sekadar mengembalikan nostalgia buat peminat-peminat lama yang membesar dengan lagu-lagunya serta peminat-peminat baru yang turut mengikuti perjalanan kerjaya muziknya. 

Sebaliknya, ia cukup menghiburkan dan membuatkan peminat sentiasa tersenyum dan tertawa apabila melihat telatah dan gelagat comel dan manja Ella. 

Ella turut menyampaikan lagu balada rocknya yang cukup hits seperti 'Retak', 'Pedih', 'Sembilu' dan 'Sepi Sekuntum Mawar Merah' dan seluruh Axiata Arena bergema dengan nyanyian bersama. 

Lucunya, pada saat pertengahan lagu 'Sepi Sekuntum Mawar Merah', muzik dihentikan tetapi peminat yang tidak tahu telah terus menyanyi. 

Ella tersenyum melihat gelagat mereka dan sambil menghentakkan kaki dengan gaya yang manja memberikan isyarat tangan supaya tunggu dulu dan ia disambut dengan sorakan. Apabila muzik diteruskan peminat kembali mengikut Ella menyanyi. 

Apabila Ella membawakan lagunya yang cukup ikonik iaitu 'Layar Impian', seluruh peminat yang memenuhi arena tersebut bukan sahaja ikut menyanyi tetapi menari. 

Ella dan Amy Search berpadu suara membawakan Dua Insan Bercinta. - Gambar Ellyna Ali
Ella dan Amy Search berpadu suara membawakan Dua Insan Bercinta. - Gambar Ellyna Ali

Dalam konsert ini juga Ella turut mengundang Datuk Amy Search untuk berpadu suara dengan lagu 'Dua Insan Bercinta' sewaktu dia masih bersama Ella & The Boys. Kemunculan Amy Search membuatkan peminat teruja dan rocker legenda yang stylo itu tampil dengan penuh energi apabila membawakan lagu 'Kerja Gila'. 

Sebelum itu, Ella terlebih dahulu berduet dengan suaminya, Captain Azhar menerusi lagu 'Peace.Love.Rindu'. Aksi mereka nampak begitu romantis sekali terutama apabila Ella tersipu malu setelah suaminya itu memberikan ciuman di pipi dan dibalas dengan pelukan oleh Ella. 

Ella juga turut membawakan lagu ikonik patriotiknya iaitu 'Standing In The Eyes Of The World' yang menjadi lagu tema Sukan Komanwel (SUKOM) 1998. 

Peminat seperti tidak puas lagi dan Ella meneruskan persembahannya lagu-lagu yang terus membuatkan adrenalin peminat berasa tidak tenteram iaitu 'Bolero' serta 'Nuri' dan 'Permata Pemotong Permata' yang menjadi encore kepada konsertnya pada malam itu. 

Babak romantis antara Ella dan suaminya, Captain Azhar. - Gambar Ellyna Ali
Babak romantis antara Ella dan suaminya, Captain Azhar. - Gambar Ellyna Ali

Pada malam konsert kedua, Ella mengena tiga persalinan berbeza daripada Khoon Hooi mengundang Datuk Ramli Sarip untuk menyampaikan lagu duet mereka, 'Kembara Kita'. 

Ramli Sarip juga turut menyampaikan lagi Istilah Bercinta dan penghibur lagenda ini berjaya memukau seluruh peminat Ella dengan persembahannya yang penuh magnetik. Ramli juga pernah bertindak sebagai penerbit untuk album Pertamanya Pengemis Cinta dan Puteri Kota. 

Untuk lagu Dua Insan Bercinta pula, Ella telah mengundang ketua kumpulan Ella & The Boys iaitu Lokman Idris atau Lord untuk beraksi dengan petikan gitarnya. – Getaran, 13 Jun 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Ella Akui Alami Masalah Pendengaran, Terpaksa Pakai Alat Bantuan

2

Muzik 6 bulan yang lalu

Peminat Ella Masih Boleh Dapatkan Tiket Konsert Di Pulau Pinang

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Peminat Menangis Sangka Ella Berhenti Bernyanyi, Tampil Dengan Konsert Rai 35 Tahun!

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Rock N Roll Search Melastik Ke Bintang, ‘Menggila’ Di Bumbung Campbell 

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

Masalah rumahtangga kedua-dua pasangan artis mula dihidu sejak tiada perkongsian mengenai pasangan masing-masing

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 17 jam yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

Pelihara maruah dan harga diri, wanita tidak perlu 'bercakaran' hanya kerana inginkan perhatian lelaki 

oleh Sophia Ahmad

Selebriti 1 hari yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

oleh Helmi Anuar