web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Saya tidak tahu-menahu langsung,”- Uqasha Senrose

Hal ini juga berikutan dengan sebuah ciapan di X beberapa hari lalu yang berkaitan kes saman di mahkamah.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 1:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh baru-baru ini dalam sebuah Live di TikTok Uqasha Senrose bersama seorang pengguna media sosial, mendakwa seorang mangsa buli pelakon itu sewaktu zaman persekolahan sudah meninggal dunia.

Malah, pengguna itu turut menuduh bahawa Uqasha adalah punca kematian mangsa buli itu.

Hal ini juga berikutan dengan satu ciapan di aplikasi X beberapa hari lalu, berkaitan satu kes saman di mahkamah.

Menerusi video Live di TikTok, Uqasha berkata beliau tidak ingat siapakah individu yang yang dimaksudkan dan cuba memaafkan wanita yang sudah meninggal dunia ketika kes mahkamah sedang berjalan.

"Saya tidak ingat wanita yang mendakwa saya membuli dengan memegang bahagian dada dan sebagainya ketika di sekolah dulu.

“Saya dikhabarkan dia meninggal dunia baru-baru ini. Ketika saya cuba memaafkan dan reda dengan berita kematiannya, timbul pula cerita kawannya yang mengaitkan saya dengan punca kematian wanita itu,” katanya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Beliau turut menekankan bahawa individu yang menuduhnya itu tidak boleh sesuka hati menuduhnya sembarangan malah Uqasha menyatakan bahawa dia sendiri tidak tahu apakah punca kematian wanita yang didakwa dibuli olehnya.

"Kenapa saya pula dipetik sebagai punca kematian sedangkan saya tidak tahu-menahu langsung. Jika saya puncanya, kenapa baru sekarang? Kenapa bukan 15 tahun dulu?

“Hanya kerana saya artis dan dikenali, tidak boleh sewenang-wenangnya dia menuduh saya. Kawan wanita itu mendakwa saya mesti gembira dengan berita kematian itu dan saya perlu tanggung di Padang Mahsyar nanti. Siapa dia untuk berkata sedemikian dan menuduh saya?” tegasnya.

Keadaan ini menjadi hangat apabila individu yang dipercayai rakan wanita itu memuat naik beberapa ciapan antaranya dengan menuntut pembelaan di Padang Mahsyar.

“Aku harap Uqasha gembiralah buat kawan aku macam tu. Kali ini tuntut di Padang Mahsyar is real. Kawan aku melalui kehidupan yang sukar, depresi, sakit lagi sakit yang takkan boleh sembuh. Hari-hari bertarung untuk terus kuat,” jelas individu yang dikatakan kawan kepada arwah.

Pada Mac lalu, Uqasha atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen secara tiba-tiba menjadi tular selepas seorang pengguna media sosial membuat pengakuan secara terbuka dia pernah menjadi mangsa buli pelakon itu sewaktu zaman persekolahan. – Getaran, 6 November 2023

Sumber Foto: IG dan TikTok Fan Uqasha Senrose

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN