web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lisa Blackpink Disenarai Hitam Oleh Weibo, Langgar Peraturan Parti Komunis China

Ia dipercayai gara-gara penglibatan Lisa dalam persembahan kabaret di Crazy Horse Paris bermula 28 hingga 30 September lalu

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 11:18AM

Lisa Blackpink

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang K-Pop, Lisa Blackpink kini disenarai hitam oleh platform media sosial China, Weibo selepas didapati melanggar garis panduan yang telah ditetapkan. 

Akaun Lisa hilang dari Weibo pada minggu ini dengan halaman akaun peribadinya digantikan dengan mesej "akaun tidak boleh dilihat kerana dilaporkan kerana melanggar undang-undang dan peraturan".

Biarpun pihak Weibo tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai larangan tersebut, namun ia dipercayai gara-gara penglibatan Lisa dalam persembahan kabaret di Crazy Horse Paris bermula 28 hingga 30 September lalu. 

Ketika beraksi di sana, Lisa tampil dengan pakaian ‘mengghairahkan’, sesuai dengan persembahan kabaret dan pada 5 Oktober lalu dia berkongsi beberapa foto dari persembahan itu di akaun Instagramnya, @lalalalisa_m.

Hantarannya itu disertai dengan kapsyen yang berbunyi, “Pengalaman yang menakjubkan di Crazy Horse Paris. Terima kasih kepada semua yang memastikan ini berlaku. Hubungi saya pada bila-bila masa sekiranya anda memerlukan seseorang untuk mengisi tempat.”

Sementara itu, agensi pengurusan Lisa, YG Entertainment memberitahu AFP bahawa mereka tidak mempunyai kenyataan rasmi berhubung perkara ini.  

Pengguna Weibo dan laman hiburan China terus membuat spekulasi bahawa Lisa telah ditapis oleh Weibo kerana terikat dengan undang-undang sedia ada, iaitu pihak berwajib berhak menyekat kandungan yang dianggap sensitif dari segi politik atau bertentangan dengan nilai konservatif sosial Parti Komunis selaku pemerintah.

Penyekatan ini berlaku selepas Presiden Xi Jinping menyeru wanita untuk membantu dalam  mempromosikan nilai-nilai murni Cina dan nilai kekeluargaan yang utuh. - Getaran, 4 November 2023

Foto : https://www.soompi.com

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Lisa Blackpink Tubuh Agensi Sendiri Urus Kerjaya

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Karier Hancur Sekelip Mata, Li Yi Feng Terpaksa Bersara Dari Dunia Hiburan China

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 52 minit yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...