web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Karier Hancur Sekelip Mata, Li Yi Feng Terpaksa Bersara Dari Dunia Hiburan China

Pelakon popular China ini berdepan dengan isu moral selepas ditahan kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran. Masa depannya dalam bidang hiburan China kini musnah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 12:05PM

Li Yi Feng - Gambar dari Baidu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor terkenal China, Li Yi Feng, yang mempunyai kira-kira 60 juta pengikut di Weibo, telah mengejutkan peminatnya apabila dia ditangkap polis atas tuduhan melanggan pelacur, bau-baru ini.

Pelacuran merupakan satu kesalahan di China dan mereka yang ditangkap, berdepan hukuman penjara 15 hari serta denda maksimum sebanyak RM3,248.

Berita tangkapan Yi Feng telah heboh diperkatakan sejak hujung bulan Ogos lagi apabila dia tidak hadir pada satu acara melibatkan jenama terkenal yang diadakan pada 2 September lalu.

Namun Yi Feng menafikannya dan membuat 'live streaming' untuk memaklumkan kepada peminatnya bahawa dia tidak dapat menghadiri acara tersebut disebabkan masalah lain. 

Malah pada malam 10 September, Yi Feng sekali lagi menulis di dalam Weibonya memaklumkan kepada peminatnya bahawa berita penangkapannya hanya khabar angin semata-mata.

Bagaimanapun tidak lama selepas kenyataan itu dikeluarkan, Weibo telah memadamnya sekali gus mencetuskan tanda tanya ramai hinggalah keesokannya polis Beijing mengesahkan tangkapan Yi Feng.

Dia ditahan di bawah tuduhan jenayah kerana beberapa kali melanggan pelacur dan Yi Feng dilaporkan telah mengaku melakukan perbuatan berkenaan.

Sebaik tersebar berita berkenaan, Yi Feng kehilangan 300,000 pengikut Weibo dalam masa semalaman dan jumlah pengikutnya semakin berkurang. Netizen turut meluahkan kekecewaan di dalam akaun Weibo Yi Feng

Susulan itu, sekurang-kurangnya 11 jenama termasuk  Zhenguoli, Prada, Luk Fook Jewelry, Panerai, Sensodyne dan RemyMartin telah menamatkan kerjasama.

Ia bakal menyaksikan tuntutan pampasan daripada jenama-jenama berkenaan ke atas Yi Feng.

Li Yi Feng - Gambar ihsan Baidu
Li Yi Feng - Gambar ihsan Baidu

Berita tangkapan itu juga mengakibatkan program Yi Feng untuk Festival Pertengahan Musim Luruh di CCTV dibatalkan manakala pencalonannya untuk anugerah Golden Eagle Award mengalami nasib yang sama.

Ternyata kini kariernya dalam bidang hiburan China musnah sama sekali.

Yi Feng terkenal dalam drama 'Swords of Legends' (2014), 'The Lost Tomb' (2015), 'Noble Aspirations' (2016) dan 'Sparrow' (2016) serta 'Mr. Six' (2015) di mana Yi Feng memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik bagi anugerah Hundred Flowers.

Popularitinya itu yang melayakkan dia berada di kedudukan ke-9 Forbes untuk selebriti China pada 2015, kedudukan ke-11 (2017) serta ke-26 (2019).

Namanya kini tidak lagi kelihatan dalam pencarian di NetEase Cloud Music dan QQ. Mango TV juga telah memadamkan filem dan drama lakonannya.

Bukan itu sahaja, dua filemnya, iaitu 'Playground' dan 'Animal World 2' yang dibintangi pada tahun ini bakal terjejas.

Kereta Lamborghini Li Yi Feng mengalami kerosakan dan ditemui di bawah Jambatan Dajiaoting di timur Beijing pada 27 Mei 2016. - Gambar dari The Beijing News
Kereta Lamborghini Li Yi Feng mengalami kerosakan dan ditemui di bawah Jambatan Dajiaoting di timur Beijing pada 27 Mei 2016. - Gambar dari The Beijing News

Jika dulu skandal-skandal yang melanda Yi Feng dapat diselamatkan, kini tidak lagi. Sebagai contoh pada 2016, kereta Lamborghini yang dipandunya telah terlibat dalam kemalangan di Beijing sekitar jam 3 pagi.

Yi Feng kemudiannya berangkat ke luar negara pada malam keesokannya dan kes itu senyap begitu sahaja. 

Tapi kini kes pelacuran itu tidak dapat disembunyikan lagi. 

Peminat tidak boleh menerima artis yang mempunyai masalah moral dan melanggar undang-undang negara dan ia menjadi pengajaran penting kepada artis-artis di negara berkenaan. - Getaran, 15 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Laksana Kajian Untuk Perkukuh Perundangan Tangani Jenayah Dalam Talian - Azalina

3

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Liberal International: PKR Timbang Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Berniat Jahat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Lisa Blackpink Disenarai Hitam Oleh Weibo, Langgar Peraturan Parti Komunis China

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu