web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lisa Blackpink Tubuh Agensi Sendiri Urus Kerjaya

Lisa merupakan ahli Blackpink kedua, selepas Jennie, yang menubuhkan agensinya sendiri

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2024 8:48AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas didakwa menolak dua kontrak bersama pengurusan lama, YG Entertainment yang salah satunya bernilai sekitar AS$37.6 juta, bintang sensasi K-Pop, Lisa Blackpink pada Khamis mengumumkan bahawa dia telah menubuhkan agensinya sendiri, Lloud. 

Perkembangan terbaharu itu diumumkan oleh Lisa menerusi perkongsian di akaun Instagram yang mempamerkan imej hitam-putih dirinya dalam persalinan sut.

"Memperkenalkan Lloud, platform untuk mempamerkan visi saya dalam muzik dan hiburan. Sertai saya dalam perjalanan mengujakan ini untuk melangkaui sempadan baharu bersama-sama," kongsi Lisa.

Menjenguk ke laman web rasmi Lloud, dapat dilihat mereka menyenaraikan pencapaian Lisa sebagai artis solo, termasuklah menyertai Kelab Billions Spotify, penghormatan diberikan kepada mereka yang telah mencapai 1 bilion aliran pada platform penstriman.

“Di LLOUD, keghairahan kami sebagai syarikat pengurusan artis adalah untuk mencipta pengalaman yang melangkaui genre dan menghubungkan generasi. 

“Teras kami terletak pada inovasi tanpa henti dan komitmen terhadap keaslian. Kami bukan hanya melangkaui sempadan, kami juga mentakrifkannya semula, mencipta karya yang mengungguli carta dan melawan genre umum muzik,” katanya.

Lisa merupakan ahli Blackpink kedua, selepas Jennie, yang menubuhkan agensinya sendiri. Jisoo pula dilaporkan telah menandatangani kontrak dengan agensi abangnya, Blissoo.

Bulan lalu, keempat-empat ahli kumpulan itu memperbaharui kontrak mereka dengan YG Entertainment untuk aktiviti kumpulan Blackpink, tetapi mereka tidak memperbaharui kontrak individu untuk aktiviti solo mereka. 

Dalam kenyataan akhbar mengenai kontrak yang diperbaharui, YG Entertainment menyatakan bahawa Blackpink bersedia untuk album baharu dan jelajah dunia.

“Blackpink akan terus melakukan yang terbaik untuk bersinar lebih cerah dalam pasaran muzik global sebagai artis yang bukan sahaja mewakili syarikat, tetapi juga K-pop,” ulas YG Entertainment.

Born Pink World Tour yang berlangsung dari Oktober 2022 hingga September 2023 lalu memperoleh tempat teratas dalam senarai Billboard Boxscore yang menyenaraikan 10 Jelajah K-pop dengan kutipan tertinggi pada 2023. 

Dengan kutipan AS$148.3 juta, Born Pink World Tour juga diiktiraf menjadi konsert jelajah dengan kutipan tertinggi pernah diraih oleh kumpulan wanita yang yang sebelum ini dipegang oleh Spice Girls. - Getaran, 11 Februari 2024

Foto : Instagram Lisa Blackpink / YG Entertainment

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

2

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...