Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Kongsi Jumlah Sumbangan Tabung Bantuan Khas Palestin Daripada Yayasan Nurjiwa

Jelas Siti, perkongsiannya itu bukan hendak menunjuk-nunjuk, tetapi berkongsi rasa bahagia.

Selebriti Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 8:19PM

Siti Nurhaliza. - gambar fail

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin memaklumkan bahawa pihak Yayasan Nurjiwa telah menyumbang RM100,000 lagi untuk keperluan rakyat Palestin yang kini diserang bertubi-tubi oleh rejim Israel. 

Perkongsian yang dibuat di akaun Instagram miliknya itu turut menjelaskan setiap keluarga yang dibantu akan menerima USD100, iaitu kira-kira RM450 dan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan kepada Tabung Bantuan Khas Palestin Yayasan Nurjiwa. 

Beberapa siri video yang dipaparkan jelas menunjukkan kemusnahan teruk kota Gaza.

Siti Nurhaliza, 44, berkata, video-video itu kiriman daripada Dr. Mohanad, individu yang bertanggungjawab menguruskan Sekolah Afwa Al-Afiyah yang telah didirikan oleh Yayasan Nurjiwa sejak 5 Oktober 2021. 

“Alhamdulillah, hari ini saya ingin mengemas kini dua perkara, dan berterima kasih kepada semua penyumbang untuk Tabung Bantuan Khas Palestin kami.

Dr Mohanad bersama-sama petugas di Afwa Al Afiyah hari ini (Selasa) memberi bantuan kewangan iaitu setiap keluarga USD100 (bersamaan lebih kurang RM450) bagi penduduk Palestin yang dapat kami bantu hari ini.

“Pada hari ini, pihak Yayasan Nurjiwa terus menyumbang RM100,000 lagi untuk keperluan di sana,” ulas Siti. 

Jelas Siti lagi, memandangkan keadaan di Gaza ketika ini sangat sukar, bantuan yang termampu dilakukan ketika ini ialah pemberian wang untuk penduduk membeli makanan.

Beliau berkata, Dr Mohanad memaklumkan, pada masa ini, apa yang termampu dilakukan adalah memberikan bantuan kewangan terlebih dahulu untuk keluarga Palestin yang terjejas bagi membeli makanan.

“Suasana di sana memang sukar apabila terlalu ramai beratur untuk membeli makanan, namun itulah situasinya. Apa yang terbaik dan termampu adalah memberikan bantuan kewangan terlebih dahulu untuk mereka mendapatkan keperluan.

“Alhamdulillah, sehingga petang tadi, pihak kami masih dapat menghubungi Dr Mohanad walaupun panggilan dan mesej tersekat-sekat kerana internet tidak stabil di sana (sangat terhad, ada masa dapat dihubungi dan sebaliknya) tetapi Yayasan Nurjiwa tidak mahu menunggu lama, kerana bantuan kita adalah harapan mereka dan bantuan anda adalah tanggungjawab kami untuk disampaikan kepada mereka.

“Kami akan terus berusaha menyalurkan sumbangan ini secara berterusan dari masa ke masa,” katanya.

Mengakhiri hantaran Instagram itu, Siti turut mengajak pengikut untuk sama-sama mendoakan agar Dr. Mohanad dilindungi Allah supaya dapat terus membantu menghulurkan sumbangan daripada rakyat Malaysia.

Bahkan, Siti turut menjelaskan perkongsiannya itu bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya berkongsi rasa bahagia. 

“Saya tidak ada niat lain, saya hanya hamba Allah yang ada tanggungjawab, saya bukan mahu menunjuk-nunjuk tetapi saya bahagia dapat berkongsi dengan anda yang telah bersama-sama Yayasan Nurjiwa untuk membantu saudara kita di Palestin.

“Semampu apa pun kita, meski dengan doa, itulah kekuatan kita semua,” ujar Siti.

Mereka yang ingin menderma untuk tabung bantuan ini boleh ke https://kitafund.com/9909-tabung-bantuan-khas-palestin atau salurkan ke akaun Yayasan Nurjiwa, Maybank 514486106455. – Getaran, 18 Oktober 2023

Foto : Instagram @CTDK

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 10 jam yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

Uji bakat pencarian pencipta kandungan muzik dan bakat baharu bermula 7 Mei di TikTok LIVE

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

Biarpun drama Lelaki Itu menerima capaian di media sosial sebanyak 1.13 bilion, namun Erma enggan menyambung drama itu untuk musim kedua

oleh Helmi Anuar

Selebriti 14 jam yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

oleh Helmi Anuar