web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mawi Dan Ekin Nafi Rumah Tangga Berantakan

Mawi isytiharkan perang terhadap peniaga atas talian yang tidak bertanggungjawab menjadikan kisah rumahtangganya untuk melariskan jualan.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2023 2:34PM

Tangkap layar dari akaun Mawi yang menyelar dengan tindakan sesetengah pihak memfitnah rumah tangganya berantakan demi melariskan jualan. - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiada ribut, tiada hujan, tiba-tiba perkahwinan penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi dan isterinya, Ekin, didakwa sedang berantakan.

Sejak beberapa hari lalu, kisah perkahwinan pasangan ini menjadi bualan hangat di platform media sosial sehingga membuatkan empunya diri tampil memberi penjelasan.

Gambar Mawi dan Ekin yang dikongsi bersama melalui akaun Instagram masing-masing kira-kira dua minggu lalu. - gambar Instagram
Gambar Mawi dan Ekin yang dikongsi bersama melalui akaun Instagram masing-masing kira-kira dua minggu lalu. - gambar Instagram

Mawi menegaskan segala dakwaan yang dilemparkan adalah tidak benar.

Sebaliknya, beliau berkata, hubungannya dan isteri baik-baik sahaja, jauh sekali sedang menuju ke arah perceraian. Menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya, personalit berusia 42 tahun itu turut mengisytiharkan perang terhadap pihak yang menabur fitnah.

Ekin turut tampil menulis komen yang menyelar dakwaan pihak terbabit.

“Apa yang seronok dapat fitnah orang ek? Pelik betul dunia akhir zaman! Its too much! Selidik lah dulu sebelum nak kejar glamour! Kang tak fasal-fasal kena saman!” katanya.

Menurut Mawi, apabila diselidiki, beliau mendapati ‘fitnah’ yang tersebar itu adalah pautan link yang membawa pengguna media sosial ke halaman menjual barangan.

Biarpun ia bertujuan untuk memancing pengguna untuk klik ke pautan terbabit tetapi Mawi berpendapat ia adalah strategi pemasaran yang tidak kena caranya.

Tegas Mawi, jika peniaga terbabit tidak mengambil tindakan yang sewajarnya, beliau dan isteri tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang demi menjaga nama baik mereka. – Getaran, 2 Oktober 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN