web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gambar Meerqeen Dan Ameera Khan Di Paris Curi Tumpuan, Ramai Kata Sepadan!

Menerusi perkongsian foto tersebut di Instastory, Meerqeen dilihat sedang duduk bersebelahan Ameera Khan sambil berswafoto

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2023 5:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor muda yang kian meningkat popular, Meerqeen sekali lagi mencuri tumpuan apabila dikatakan sepadan berganding dengan adik kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan, selepas berkongsi sekeping foto di laman sosial mereka baru-baru ini.

Perkongsian menerusi Instastory itu memaparkan Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, duduk bersebelahan Ameera Khan sambil berswafoto. Gambar tersebut kemudian dikongsi semula Ameera di akaun miliknya.

Menurut beberapa sumber, Ameera dan Meerqeen kini berada di Paris atas urusan kerja. Ibu Ameera, Noor Kartini turut berada di sana untuk menemani gadis itu. Rata-rata netizen mula mengusik kedua-dua selebriti berkenaan yang dikatakan mempunyai keserasian dan sepadan pula jika bersama. 

Sebelum ini, video Meerqeen dan Ameera Khan menghadiri sebuah acara fesyen di sebuah resort di Johor pernah tular di media sosial. Rentetan daripada hantaran di media sosial dan acara Fesyen tersebut, netizen mula mengesyaki mereka berdua sedang dating di Paris.

Sedia maklum, Meerqeen sebelum ini sememangnya sering dilihat bersama aktres jelita, Anna Jobling, malah pasangan diberi jolokan ‘Meerna’ ini begitu mesra dan sangat disukai ramai. Bagaimanapun, akhir-akhir ini hubungan mereka dikatakan mula goyah. 

Desas-desus itu semakin kuat apabila Anna dilihat sudah memadam fotonya bersama Meerqeen dari platform Instagram.

Sumber Foto: IG Merqeen dan Ameera Khan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN