web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kegagalan Perkahwinan Ketiga Sudah Ditakdirkan - Engku Emran

Engku Emran tampil meminta orang ramai supaya menghormati keadaan dan ujian yang dihadapi keluarganya itu.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 2:17PM

Engku Emran dan Noor Nabila. - gambar Vocket.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas hangat berita penceraian kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila baru-baru ini, Engku Emran tampil meminta orang ramai supaya menghormati keadaan dan ujian yang dihadapi keluarganya itu.

Tangkap layar hantaran Engku Emran di Instagram. - Izwan Ramlan
Tangkap layar hantaran Engku Emran di Instagram. - Izwan Ramlan

Menerusi hantaran di Instagram, Engku Emran menyatakan kehancuran dalam perkahwinan buat kali ketiga ini bukan satu kegagalan sebaliknya ia sudah ditakdirkan.

Beliau berkata, hantarannya melalui media sosial itu berikutan terpanggil selain bertanggungjawab untuk menyatakan sesuatu bagi menghindari fitnah daripada tidak terkawal. 

“Saya beritahu Nabila tiga perkahwinan ini bukan kegagalan, tetapi sudah tertulis dalam skrip sebelum kita memasuki dunia ini.

“Ia hanyalah satu perjalanan yang tidak dapat dielakkan dan perlu kita lalui untuk mencari-Nya dan selagi kita mendekatkan diri kepada-Nya, itu sudah menjadi satu kejayaan besar,” katanya.

Engku Emran turut menjelaskan bahawa mereka berdua lebih mengetahui apa yang dimahukan daripada perkahwinan ketiga ini, namun akhirnya kedua-duanya terpaksa mencari haluan sendiri. 

“Kami berdua sudah melalui tiga perkahwinan, kami berdua tahu apa yang kami mahu dalam hidup, malangnya kami terpaksa mencari haluan masing-masing. 

“Perkahwinan memang sukar yang mana pernah kahwin pasti tahu mengenainya. Yang mana belum pernah kahwin jangan sembang kuat sangat,” katanya.

Gambar perkahwinan Engku Emran dan Noor Nabila pada 2021. - gambar Astro Awani
Gambar perkahwinan Engku Emran dan Noor Nabila pada 2021. - gambar Astro Awani

Melalui hantaran sama, Engku Emran turut memaklumkan beliau tidak akan melayan sebarang pertanyaan dan gosip murah daripada mana-mana pihak.

“Saya tidak pernah respond kepada khabar angin dan gosip murahan atau sampah. Bagi saya, anda tidak meletakkan makanan di atas meja saya atau anda memberi makan kepada keluarga saya. Pembohongan anda tidak mendapat perhatian saya sedikit pun,” tambahnya,

Nabila sebelum ini mendedahkan bakal bercerai dalam waktu terdekat selain menyatakan keputusan tersebut dibuat selepas Engku Emran menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan rumahtangga yang dibina sejak 2021.

Perkahwinan pertama Engku Emran dengan selebriti terkenal Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 memperolehi seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Pasangan itu kemudian bercerai tujuh tahun kemudian.

Engku Emran juga pernah bernikah dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 namun tidak bertahan lama dan bercerai pada 2020. - Getaran, 25 September 2023

Gambar: IG Engku Emran

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN