web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


YouTuber Didakwa Berkelakuan Jelik Di Perumahan Mewah 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 10:31AM

YouTuber ini dikatakan sering menimbulkan masalah di perumahan elit yang didiaminya - gambar YouTube

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang YouTuber didakwa berkelakuan jelik apabila tinggal serumah bersama teman wanita tanpa sebarang ikatan.

Lebih menjengkelkan, dia juga dikatakan mencetuskan pelbagai masalah di kawasan perumahan elit itu, sehingga menimbulkan kemarahan jiran tetangga.

Kisahnya dibongkar pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh menerusi satu hantaran di Facebook.

Mohd Fadli atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli berkata, dia menerima kiriman WhatsApp yang mengadu mengenai perilaku anak muda berkenaan.

“A** N*** ni YouTuber yang suap-suap fries tu kan? Perghhh, buat hal la mamat ni.

“Duduk bersama awek serumah tanpa nikah, tak hormat privacy jiran, nak buat studio kat situ, tak bayar hutang orang sampai orang ke rumah minta hutang, staff biadab yang asyik bergaduh dengan guard, jam 1.30 pagi dok prengg kereta exhaust bising, parking kat rumah orang, berdua-duaan dalam gelap kat taman dan macam-macam hal lagi,” katanya.

Menetap di sebuah penempatan elit dikenali sebagai Lakefront Villa, Cikgu Fadli berkata, tingkah laku YouTuber itu juga menyebabkan keamanan kawasan terbabit mula terganggu.

“Orang berada ni sanggup beli rumah berjuta sebab nak tenang, nak privacy, nak rehat. Datang budak YouTuber baru nak merasa pegang duit banyak sikit, buat hal kat perumahan mewah. Marah la penduduk setempat yang lama dah duduk aman damai.

“Dik. Kau kaya, kau banyak duit orang sikit pun tak heran. Ramai lagi orang jauh lebih kaya dari kau. Adab tu paling penting dan utama. Duduk hidup setaman, kena la bertolak ansur, hormati jiran tetangga, patuhi hukum agama.

“Nak bebas melalak buat hal sendiri, beli tanah empat ekar, buat banglo dalam tu dan pagar kasi tinggi tak ganggu orang lain. Haa, lantak kau kat situ nak buat apa. Bab dosa pahala tanggung sendiri,” tegasnya.

Kata Cikgu Fadli, pemuda tersebut juga membawa pengaruh buruk kepada anak-anak yang suka menonton video dimuat naik di laman berkenaan.

“Dia ni dah la ramai budak-budak dan remaja suka tonton video dia. Pengaruh buruk banyak la dia bawa kat anak-anak kita.

“Apa tindakan yang boleh diambil secara sah eh agar hal ni dapat dibendung? Rasa bongkak dan sombong sangat dah ni mentang-mentang ada duit lebih sikit. Hmmm,” katanya. - Getaran, 25 September 2025

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN