web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesan COVID-19 Paksa Siti Ambil Masa 3 Jam Rakam Lagu

Siti redha suara nikmat suara ditarik sedikit akibat batuk berterusan.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2023 8:26AM

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pada pelancaran album Sitism baru-baru ini. - gambar Instagram Siti Nurhaliza

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 42, mengakui faktor kesihatan memaksanya mengambil masa tiga jam untuk merakamkan sebuah lagu sewaktu proses rakaman album terbaharunya, Sitism.

Menerusi hantaran Tiktok 501awani, Siti bagaimanapun berkata, keadaan batuk berterusan yang dialami tidak menghalang untuk beliau melontarkan suara yang baik ketika menyanyi. 

Namun katanya, beliau tetap redha dengan apa yang berlaku.

“Proses rakaman itu bertambah lama sebab kondisi suara, tak boleh nak buat apa. Kalau nak suruh husky kan suara saya, jadi lagi tak keluar suara saya. 

“Masa itu nafas pun pendek sangat, saya pun kadang-kadang rasa down (murung) sebagai penyanyi.

“Saya rasa down masa nak siapkan untuk lagu yang ada masalah itu sampai tiga jam. Bayangkan, selalunya 30 minit hingga satu jam dah boleh siap, saya frust juga,” katanya.

Tangkap layar Instastory Siti Nurhaliza. - gambar Izwan Ramlan
Tangkap layar Instastory Siti Nurhaliza. - gambar Izwan Ramlan

Menurut Siti, rakaman yang dijalankan ketika Ramadan juga menyukarkannya untuk berdepan situasi berkenaan kerana tidak boleh melegakan tekak dengan minum air.

Justeru, katanya, beliau redha jika ketika itu Allah mahu menarik sedikit nikmat suaranya tatkala beliau berusia 40an. 

“Kasar atau serak, saya okey saja. Nyanyi ikut kemampuan, saya memang kena positif sajalah,” katanya.

Siti disahkan mengalami bronkitis tahap sederhana akibat kesan jangkitan COVID-19 yang dialami sebelum ini dan terpaksa menggunakan inhaler selain dibekalkan beberapa ubat-ubatan lain. 

Ini berikutan suaranya tidak jelas dan kedengaran garau akibat batuk berterusan.

“Baik kita buat X-ray. Tak tahan dah batuk-batuk tengah malam, mild bronchitis kesan COVID-19 jadi kena guna inhaler

“Semoga cepat sembuh, amin, tak tahan dah batuk-batuk tengah malam,” katanya.

Kesungguhannya untuk memberikan yang terbaik dalam penghasilan album solo ke-20 itu mendorong Siti untuk tidak terlalu memikirkan keadaan kesihatannya. 

Album Sitism dilancarkan dalam dua fasa dan fasa kedua adalah album lengkap, Sitism (Deluxe Album), yang memuatkan 12 lagu ciptaan komposer tempatan dan Indonesia. - Getaran, 22 September 2023

@501awani Pelantun lagu Magis ini jugs mengakui reda sekiranya ditakdirkan kehilangan suara kerana bakat dimilikinya adalah milik Allah Swt. #AWANInews #SembangEntertaiment ♬ original sound - ??Astro AWANI??

Sumber Foto: IG Siti Nurhaliza


 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN