web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peminat Mendoakan Fara Dan Anuar Zain

Detik-detik konsert tersebut memperlihatkan peminat seakan-akan setuju untuk mereka berdua menjadi pasangan kekasih

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2023 7:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkongsian penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana yang menyatakan perasaan berbunga-bunga terhadap penyanyi lagenda, Anuar Zain pada konsertnya sebelum ini kembali menghangatkan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial terutama peminat.

Ia susulan hantaran di akaun TikTok Anuar Zain Fans dengan kapsyen throwback (campak belakang), memaparkan detik-detik konsert tersebut yang memperlihatkan kemesraan dan keterujaan Fara semasa menghadiri konsert Anuar Zain.

Bahkan peminat seakan-akan bersetuju jika kedua-dua selebriti itu menjalinkan hubungan.

Tangkap layar. - gambar Izwan Ramlan
Tangkap layar. - gambar Izwan Ramlan
Tangkap layar. - gambar Izwan Ramlan
Tangkap layar. - gambar Izwan Ramlan

“Insyaallah ada jodoh ni sebab muka hampir sama saja,” ujar peminat di ruang komen tersebut.

“Sweetnya, muka pun ada iras-iras dah tu. Semoga dipermudahkan segala, doa yang baik-baik saja untuk kak Fafau dan abang Nuar amin,” kata seorang lagi peminat.

Sebelum ini, Fara juga pernah memuat naik hantaran video yang sama di Instagramnya dengan menyatakan penyanyi lagenda itu memiliki aura dan mendoakan agar kesihatan Anuar sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

“Punyai Aura yang besar buat ramai orang sentiasa tersenyum setiap kali si nakal menyakat tak lokek dengan kata-kata yang positif sahaja. Terima kasih anda yang selalu doakan untuk kami eh la tiber.

“Kita doakan untuk kesejahteraan abang Anuar supaya sihat dan dapat menghiburkan kita seperti selalu. Terima kasih ‘Lelaki Ini’ yang bernama @anuarzain70 kerana selalu buat hati ini ok hati semua orang) berbunga2” luahnya dengan berkongsi video yang menunjukkan detik-detik indah apabila Anuar Zain menyebut namanya semasa konsert tersebut.

Selain sebagai penyampai radio, Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil juga terkenal sebagai pelakon, pengacara dan pelawak.

Memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio pada 2003 di radio Era FM, kini Fara menjadi penyampai radio dalam segmen Bekpes Hot (Isnin hingga Jumaat, 6 hingga 10 pagi) bersama AG dan Johan. – Getaran, 19 September 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN