web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Noh Hujan Tayang Baju Kahwin

Vokalis kumpulan Hujan itu memberi petunjuk bahawa tarikh perkahwinannya semakin hampir dengan tunangnya, Fatin Athira

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2023 2:42PM

Noh Salleh dan Fatin Athira

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas berita pertunangan Noh Salleh dengan seorang wanita bernama Fatin Athira tular, vokalis kumpulan Hujan itu memuat naik teaser bahawa tarikh perkahwinannya semakin hampir.

Ia susulan perkongsian Noh Salleh yang memuat naik gambar baju kahwin berwarna putih atau rona off white tanpa sebarang kapsyen di sosial medianya baru-baru ini.

Baju rekaan daripada butik jenama Fidae bersama tarikh perkahwinan.
Baju rekaan daripada butik jenama Fidae bersama tarikh perkahwinan.

Melalui gambar yang dikongsikan itu, ia memaparkan dua pasang baju rekaan Fidae, yang digantung pada penyangkut dengan nama Noh Salleh tertera sebagai groom dan Athira Mustafa sebagai bride.

Penyangkut itu juga dicetak dengan angka 23.09.2023 iaitu tarikh pernikahan pasangan itu.

Perkongsian itu mula mendapat reaksi peminat dan rakan selebriti lain namun ruang komen hantaran tersebut dihadkan olehnya.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian pasangan itu.

Tangkap layar. - gambar Izwan Ramlan
Tangkap layar. - gambar Izwan Ramlan
Tangkap layar. - gambar Izwan Ramlan
Tangkap layar. - gambar Izwan Ramlan

“Tahniah! Semoga berjalan lancar. Semoga kasih sayang kalian dirahmati Allah hingga ke syurga, Amin,” kata peminat di ruangan komen instagram @mohammadnohbinsalleh.

“Moga dipermudahkan urusan boss,” kata seorang lagi peminat.

Noh Salleh sebelum ini mendirikan rumahtangga dengan selebriti dan aktivis Mizz Nina pada 2 Julai 2011.

Kisah Noh Salleh semasa melamar Mizz Nina sebelum ini pernah menjadi perhatian apabila beliau memaklumkan hanya mempunyai RM8,000 sahaja dalam akaun.

Selepas bernikah, mereka mengerjakan haji pada 2013 dan Mizz Nina mula mengubah penampilannya dengan berhijab.

Namun, rumahtangganya tidak kekal lama dan pasangan itu bercerai pada 4 Ogos tahun lepas. Perceraian tersebut berlaku secara damai dan pasangan itu yang mempunyai anak angkat bernama Musa, memilih untuk membawa haluan masing-masing.

Perkara tersebut berlaku beberapa minggu selepas timbul kontroversi membabitkan sebuah video tular yang dipercayai bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya. 

Mei lalu media melaporkan Noh Salleh bertunang dengan Fatin Athira, seorang graduan undang-undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga wanita itu.

Pada Jun lalu, Mizz Nina mendedahkan sudah bernikah dengan seorang penyanyi rap dari Amerika Syarikat, Essam Muhammad, dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat di negara kelahiran suaminya. – Getaran, 19 September 2023

Sumber Foto: Instagram mohammadnohbinsalleh

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN