web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Berpeluk Dengan Suami, Fasha Tampil Minta Maaf

Fasha Sandha dikecam oleh netizen selepas berkongsi video mesra bersama suami di kolam renang

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 9:32AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal Fasha Sandha tampil memohon maaf selepas dikecam oleh netizen susulan tindakannya memuat naik klip video memaparkan adegan mesra bersama suami, Aidil Aziz di kolam renang melalui akaun media sosialnya baru-baru ini.

Mengakui ia sebahagian daripada keperluan kariernya, aktres berusia 39 tahun itu berkata, sebagai pelakon beliau harus menjalankan tugas dan komitmen seperti dituntut majikan.

"Saya bertugas, saya masih makan gaji, saya bukan boss, saya masih kuli. Saya hanya menjalankan tugas dan komitmen, saya minta maaf kepada yang tidak suka saya berpelukan dengan suami," katanya menerusi satu hantaran melalui akaun Instagram.

Klip video video berdurasi 15 saat yang kini sudah dipadamkan, sebelum ini memaparkan Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan yang berpakaian baju renang berwarna hitam dilihat berpelukkan mesra dengan suaminya yang tidak memakai baju.

Dalam permohonan maaf itu, Fasha turut memuat naik tangkap layar peminatnya yang tidak menganggap klip video itu sebagai negatif dalam hantaran sama.

Melalui tangkap layar berkenaan, ada peminat yang dilihat menyokong hantaran klip video berkenaan selain berpendapat tindakan Fasha itu tidak menjadi satu kesalahan memandangkan beliau dan Aidil adalah pasangan suami isteri.

"Aku tengok balik video ini apa yang salah?" salah seorang peminat.

Video itu dikatakan adalah bertujuan untuk membuat kejutan kepada peminatnya bahawa sesuatu akan berlaku pada 16 September.

Berikutan tindakannya memuat naik klip video adegan di dalam kolam renang itu, Fasha menerima kecaman teruk daripada netizen yang menyatakan bahawa beliau tidak sensitif dengan paparan yang disiarakan kepada umum itu.

"Tiket suami isteri atau bekerja makan gaji sekali pun bukan bererti kita boleh buat sesuka hati. Kita orang Islam, ada batasnya. Ada sebab kenapa Islam meletakkan garis panduan itu. Sedangkan mencium dahi masa akad nikah pun dilarang ini kan pula macam ini. Orang tegur bukan benci, tapi sayang," kata seorang pengikut di ruang komen pada hantaran tersebut.

"Jadi pelakon senior patut tunjuk contoh yang baik-baik untuk pelakon BBNU, tapi entahlah bila ditegur kata kita acah ustaz atau ustazah. Sedangkan yang beri nasihat itu untuk agama sendiri melainkan memang tak nak terima nasihat tu tak ada agama."  nasihat seorang lagi peminat.

Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Sumber foto: IG Fasha Sandha

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN