Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lukas Graham Ungkap Maksud Di Sebalik ‘Happy For You’

'Single' terbaru Lukas Graham katanya mampu mengalirkan air mata para pendengar. Apakah kisah di sebalik lagu ini?

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 2:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah meraih kejayaan dengan single berjudul ‘7 Years’ pada tahun 2016, Lukas Graham kini tampil membuat kejutan dengan single terbarunya berjudul ‘Happy For You’ khas buat para peminat yang menantikannya. 

Untuk pengetahuan anda, single ‘7 Years’ ini telah memperoleh lebih dari 6.2 bilion strim seluruh dunia serta menjadikan Lukas sebagai salah seorang calon bagi anugerah Grammy pada tahun 2017.

Happy For You’ merupakan debut pertamanya bagi tahun 2021 dan ia menjadi penanda rasmi permulaan baru bagi penyanyi ini.

“Kebanyakan lagu yang saya hasilkan merujuk kepada pengalaman saya sendiri dan sebahagian daripadanya merupakan pemerhatian saya terhadap sesuatu. Kadangkala, saya turut mencari beberapa konsep dan subjek yang menarik untuk dijadikan inspirasi bagi penulisan muzik saya. 

“‘Happy For You’ bukan autobiografi seperti disangkakan. Saya menulisnya bersama beberapa pemuzik berbakat. Perkara yang paling sukar buat saya ketika menyiapkan lagu ini adalah apabila saya perlu menulis tentang putus cinta tetapi saya tidak pernah mengalami situasi itu. 

“Sepanjang hidup, saya hanya mempunyai seorang kekasih dan kini kami telah dikurniakan dua cahaya mata bersama. Justeru itu, lagu ini lebih kepada jika situasi itu berlaku, inilah reaksi yang mungkin saya berikan. 

Single ini merupakan lagu perpisahan yang klasik dan mempunyai elemen yang menarik. Ia menggambarkan situasi di mana kita mahu bekas kekasih kita bahagia walaupun tidak lagi bersama. Sehubungan dengan itu, kita juga menginginkan kebahagian namun ianya sukar untuk dicapai.

“Rangkap pertama berkata, “Once you left I went to space” yang menunjukkan bahawa kehidupan sekeliling kita akan mengalami perubahan. Perasaan berjalan di sekitar bandar tidak akan lagi sama kerana dia tidak lagi di sisi kita. Selain itu, makanan di restoran kegemaran kita tidak akan lagi rasa sama kerana dia tidak lagi di samping kita.

“Inilah yang akan terjadi bila kita kehilangan seseorang yang amat kita sayangi. Semua perspektif terhadap kehidupan termasuklah aspek fizikal bakal berubah.

“Kita akan mula bertanya jika dia sedang memikirkan tentang kita sepertimana kita memikirkan tentangnya. Lebih menyayatkan hati adalah apabila kita mula mempersoalkan jika dia benar-benar bahagia dan sedang menjalani hidup lebih baik tanpa kehadiran kita,” kata Lukas.

Lukas juga berkongsi pendapatnya tentang ‘moving on’. “Pada saya, untuk sembuh dari patah hati, kita kena rela untuk melepaskan dia. Kita juga kena melalui fasa jatuh supaya kita dapat bangkit dan bina kembali diri kita dengan cara yang lain.

“Bila sudah bertahun-tahun bersama, kita menjadi sebahagian dari dirinya memandangkan kita mendewasa dan telah menghadapi banyak cabaran bersama.  Ia semestinya pengalaman yang mematangkan kita.

“Selain itu, kepada pasangan yang sedang menghadapi masalah dalam hubungan, satu nasihat dari saya adalah belajarlah bahasa cinta pasangan anda dan sentiasa berkomunikasi untuk mengelakkan salah faham.

“Dengan memahami bahasa cinta pasangan masing masing, ia boleh membuatkan kita lebih memahaminya dan menjadikan kita pasangan yang terbaik buatnya.

Sebelum menutup bicara, Lukas Graham memberitahu kami bahawa dia merindui peminatnya dan makanan di Malaysia.

“Saya ingin mengucap terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang berterusan dan luar biasa. Saya berharap agar saya dapat kembali ke Malaysia suatu hari nanti. 

“Malaysia merupakan salah satu destinasi konsert yang paling hebat. Saya dapat belajar makan dengan tangan buat pertama kali dan ini merupakan satu pengalaman yang unik buat saya.

“Saya juga berkesempatan untuk menghadiri sesi mencuba sambal ketika di sana. Ini telah mempengaruhi saya untuk cuba membuat sambal sendiri di sini tetapi malangnya ia tidak sama. Ia mungkin sebab saya tidak dapat menjumpai kesemua bahan yang diperlukan di sini atau saya tidak pandai memasaknya,” gelak Lukas.

Single terbaru Lukas Graham berjudul ‘Happy For You’ boleh didengar di pelbagai platform penstriman seperti Spotify dan Apple Music. – Getaran 24 Mei 2021

Sumber Gambar: Warner Music

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 19 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Budaya 4 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran