web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mizz Nina Kenali Essam Pada 2015, Bukan Bermakna Curang - Caprice

Caprice menekankan bahawa Mizz Nina adalah artis dan pasti mempunyai kawan lelaki

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 3:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkenalan antara Mizz Nina dengan Essam pada 2015 tidak seharusnya membawa maksud bahawa penyanyi itu curang terhadap Noh Salleh yang masih menjadi suaminya ketika itu.

Tampil memberikan sokongan kepada Mizz Nina yang kini sudah sah bergelar isteri kepada Essam, adalah selebriti Caprice, yang berpendapat dakwaan itu sebagai tidak relevan.

Tangkap layar perkongsian Caprice. - gambar Izwan Ramlan
Tangkap layar perkongsian Caprice. - gambar Izwan Ramlan

Menerusi hantaran di Instagramnya semalam, Caprice turut menyelar tindakan netizen yang segera membuat kesimpulan terhadap kenyataan Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman ketika beliau mendedahkan sudah mengenali Essam seawal 2015 lagi.

Pendedahan itu dibuat pada majlis resepsi pasangan pengantin baharu itu baru-baru ini.

Ekoran pendedahan Mizz Nina itu, ia menjadi buah mulut netizen yang menyedari ketika itu beliau masih berkahwin dengan Noh.

“Netizen memang laju buat kerja dan mula soal bukankah Mizz Nina masih dengan Noh waktu 2015?” kata Caprice menerusi hantaran di Instagramnya.

- gambar Instagram @shafiradalina
- gambar Instagram @shafiradalina

Caprice menekan bahawa Mizz Nina adalah artis dan beliau pasti mempunyai kawan lelaki termasuk rakan kerja.

“Mizz Nina adalah seorang artis, seorang public figure, tipulah kalau dia hanya berkawan dengan perempuan dan tipulah kalau anda juga hanya kawan dengan perempuan, hanya kawan dengan lelaki, yang rakan kerja tu siapa?” katanya.

Tangkap layar komen netizen. - gambar Izwan Ramlan
Tangkap layar komen netizen. - gambar Izwan Ramlan
- gambar Izwan Ramlan
- gambar Izwan Ramlan

Rata-rata netizen dilihat melemparkan persoalan termasuk mendakwa Mizz Nina tidak telus dalam hubungannya dengan Noh sebelum ini.

“2015 Mizz Nina masih belum berkahwin dengan Noh The Rain kan?;” komen salah seorang netizen yang tidak mengetahui bahawa Mizz Nina dan Noh mendirikan rumah tangga pada 2011.

“2015? Ok Harap bertabah abang Noh Hujan,” kata seorang lagi netizen.

- gambar Izwan Ramlan
- gambar Izwan Ramlan

Caprice berkata, bahawa jodoh adalah rahsia tuhan dan meminta netizen mendoakan perkara yang baik selain berhenti menjadi orang yang kurang cerdik.

“Wahai umat islam hang lupa jodoh ini rahsia tuhan, hang siapa ni pi soal kerja tuhan kalau itu jodoh dia? Benda bagus, benda halal kita kena doa. Jangan jadi bodoh, insyallah,” katanya sebagai penutup.

Mizz Nina sebelum ini mendirikan rumahtangga dengan vokalis Hujan, Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun rumah tangganya tidak kekal lama dan bercerai pada 4 Ogos tahun lepas.

Nina mengumumkan perkahwinan keduanya bersama Essam Muhammad, seorang penyanyi rap dan pelakon yang berasal dari Amerika Syarikat pada pertengahan tahun ini menerusi hantaran di instagramnya.

Essam juga banyak menghasilkan karya-karya yang berkaitan dengan dakwah Islam. – Getaran, 8 September 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN