web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wardina Safiyyah Terima Menantu Sulung

Kongsi detik-detik kegembiraan perkahwinan anak perempuan di akaun media sosial

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 12:31PM

Pasangan pengantin bergambar bersama-sama gadis bunga di hadapan sebuah masjid di Brisbane. - gambar Instagram Wardina Saffiyyah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekian lama tidak kedengaran khabar berita, selebriti Wardina Saffiyah tampil dengan khabar gembira mengenai perkahwinan anak sulungnya, Amna Nafeesa dengan jejaka yang hanya dikenali sebagai Yusof.

Wardina Saffiyyah, 43, yang kini menetap di Australia sememangnya dikenali sebagai artis yang tidak gemar berkongsi kehidupan peribadinya.

Amna dikucup kedua-dua ibu bapanya - gambar Wardina Saffiyyah
Amna dikucup kedua-dua ibu bapanya - gambar Wardina Saffiyyah

“Alhamdulillah segala pujian bagi Allah. Seperti yang anda semua tahu, saya menghargai kehidupan peribadi saya dan gemar merahsiakan sesuatu untuk diri sendiri kerana saya bukan lagi tumpuan awam.

“Bagaimanapun, saya ingin berkongsi berita baik dan memohon doa anda semua untuk Amna dan menantu saya, Yusuf yang tersayang.

“Semoga Allah merahmati penyatuan mereka dan melindungi mereka. Saya benar-benar bersyukur kepada Allah dan segala nikmatNya. Semuanya benar-benar dari Allah semata. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا,” kongsinya melalui akaun Instagram. 

Majlis pernikahan anak sulung Wardina Saffiyyah, Amna Nafeesa dengan pasangannya dikenali sebagai Yusof. - gambar Instagram Wardina Saffiyyah
Majlis pernikahan anak sulung Wardina Saffiyyah, Amna Nafeesa dengan pasangannya dikenali sebagai Yusof. - gambar Instagram Wardina Saffiyyah

Majlis akad nikah yang diadakan di sebuah masjid di Brisbande, Australia itu menyaksikan anak gadisnya yang berusia 20 tahun, menyarungkan sepersalinan rona putih dan pengantin lelaki tampil segak dalam suit hitam.

Ahli keluarga yang lain pula mengenakan persalinan dalam rona biru muda.

Amna Nafeesa dan Yusof. - gambar Instagram Wardina Saffiyyah
Amna Nafeesa dan Yusof. - gambar Instagram Wardina Saffiyyah

Selain Amna, pemilik nama Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot ini mempunyai dua lagi anak bersama suami, iaitu Azra Sareera dan Imran.

Pasangan pengantin bergambar bersama-sama keluarga selepas majlis pernikahan. - gambar Instagram Wardina Saffiyyah
Pasangan pengantin bergambar bersama-sama keluarga selepas majlis pernikahan. - gambar Instagram Wardina Saffiyyah

Suatu ketika dahulu, Wardina Safiyyah cukup dikenali menerusi lakonannya sebagai Misha dalam siri komedi Spanar Jaya.

Bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 1997/98 ini juga turut aktif dalam bidang modeling dan pengacaraan. – Getaran, 4 September 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 23 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN