web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apa Salah Artis Masuk Politik? S. Gana Terkilan Stigma Negatif Masyarakat 

Tidak ada sesiapa berani mempersoalkan jika golongan profesional seperti doktor menceburi arena politik

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 9:19PM

S Gana ketika ditemui sewaktu acara mendekati pengundi DUN Subang Jaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon komedi, S. Gana Pragasam melahirkan rasa terkilan apabila melihat masih ramai yang tidak dapat menerima hakikat bahawa seorang pelakon boleh menjadi pemimpin masyarakat.  

Keluhnya, tidak ada sesiapa berani mempersoalkan jika golongan profesional seperti doktor menceburi bidang berkenaan. 

“Apabila seorang doktor masuk politik, tiada siapa yang mempersoal keputusan itu. Begitu juga apabila seorang peguam masuk politik, walaupun dia seorang lawyer yang bukan loyal, tiada siapa yang mempersoalkannya. 

“Tetapi apabila seorang artis mencuba nasib, soalan pertama yang ditanya ialah, kenapa artis masuk politik. Artis juga manusia yang punya harapan dan cita-cita,” katanya kepada Getaran ketika ditemui baru-baru ini sewaktu sedang mendekati pengundi. 

S Gana berharap agar pembabitan artis dalam politik tidak lagi dipandang serong
S Gana berharap agar pembabitan artis dalam politik tidak lagi dipandang serong

Gana yang dikenali ramai selepas membintangi filem Pappadom versi Tamil, Appalam arahan Datuk Afdlin Shauki Aksan bakal berdepan saingan tiga penjuru untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya. 

Tercalon di bawah tiket Perikatan Nasional (PN), Gana bakal dicabar oleh Michelle Ng (Pakatan Harapan) dan Zayd Shaukat Ali (MUDA). 

Beliau yang selesa dilabel sebagai pelakon komedi berazam untuk sentiasa membawa mesej sosial dan isu semasa melalui karya dihasilkan produksinya. 

Politik bukan sesuatu yang asing buat S Gana kerana dia mula terbabit lebih 20 tahun lalu
Politik bukan sesuatu yang asing buat S Gana kerana dia mula terbabit lebih 20 tahun lalu

“Mungkin orang ramai tidak pernah melihat apa yang saya lakukan sebelum ini kerana saya hanya ahli biasa parti. Namun begitu, politik bukan sesuatu yang asing kerana saya sudah terlibat lebih 20 tahun lalu. 

“Sama ada populariti ini akan membantu saya menang, saya tidak tahu. Tetapi saya mahu masyarakat tahu bahawa saya bukan bergantung atas nama yang saya bina selama ini sebagai artis.  

“Banyak yang telah saya lakukan untuk masyarakat termasuk membantu membina sebuah dewan serbaguna untuk sekolah Tamil dan memberi bantuan serta sumbangan sewaktu banjir atau pandemik,” katanya. - Getaran, 2 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 22 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN