web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyanyi Rap Travis Scott Terlepas Pertuduhan Jenayah

Peguam Daerah Kim Ogg berkata jemaah juri Harris County telah menimbang pertuduhan jenayah terhadap Scott serta yang lain dan tidak menemui unsur jenayah selain tiada individu yang bertanggungjawab secara jenayah.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 6:38PM

Travis Scott - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HOUSTON -  Jemaah juri di Texas pada Khamis memutuskan untuk tidak mendakwa penyanyi rap Travis Scott dan lima yang lain berhubung rempuhan yang berlaku di festival muzik Astroworld 2021 yang mengorbankan 10 orang, lapor Xinhua.

Peguam Daerah Kim Ogg berkata jemaah juri Harris County telah menimbang pertuduhan jenayah terhadap Scott serta yang lain dan tidak menemui unsur jenayah selain tiada individu yang bertanggungjawab secara jenayah.

Peguam Scott, Kent Schaffer berkata anak guamnya menghentikan konsert tiga kali dan tidak menyedari tragedi berlaku ketika itu.

"Keputusan hari ini oleh peguam daerah Harris County mengesahkan apa yang kami ketahui selama ini - bahawa Travis Scott tidak bertanggungjawab atas tragedi AstroWorld," kata Schaffer dalam satu kenyataan.

"Sekarang kes ini sudah ditutup dan kami berharap kerajaan memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting - menghentikan tragedi masa depan seperti Astroworld daripada berulang."

Lima yang lain, termasuk Brent Silberstein, pengurus festival penganjur konsert Live Nation, turut bebas daripada pertuduhan.

Sepuluh orang, berumur antara sembilan dan 27 tahun, meninggal dunia akibat sesak nafas apabila kira-kira 50,000 penonton berasak-asak ke arah pentas semasa konsert di NRG Park Houston pada November 2021. 

Sekurang-kurangnya 4,900 penonton cedera. - Bernama-Xinhua

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN