web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ariana Tidak Perlu Berkata ‘Thank U Next' Lagi

Ariana Grande mengatakan ‘Yah’ selamanya kepada Dalton Gomez dalam majlis perkahwinannya baru-baru ini.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 3:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang mengikuti perkembangan Ariana Grande mungkin pernah melihat atau mendengar khabar angin yang sedang bertebaran di media sosial sejak beberapa hari yang lalu. Jadi, betulkah Ariana Grande sudah bergelar isteri? 

Kami di sini ingin meredakan kontroversi dan khabar angin ini. 

Penyanyi pop ini disahkan telah mengahwini tunangnya, Dalton Gomez secara rahsia selepas  lebih setahun menjalinkan hubungan. Menurut sumber People.com, hubungan mereka bertambah rapat lagi ketika menjalani tempoh ‘lockdown’ bersama di California. 

Pengumuman pertunangan mereka kemudian dikongsikan melalui gambar cincin tunang di laman Instagram Ariana sendiri Disember lalu. 

Berita gembira itu telah disahkan oleh wakil pengurusan penyanyi tersebut.

“Mereka sangat mencintai satu sama lain dan banyak menghabiskan masa bersama. Dalton sangat memanjakan Ariana dan selalu membuatnya rasa gembira bahkan keluarga serta rakan-rakannya juga sangat sukakan Dalton,” katanya. 

Sumber terdekat penyanyi itu turut memberitahu media antarabangsa bahawa majlis perkahwinan mereka telah diadakan secara tertutup dan berlangsung dalam skala yang sangat kecil dengan kehadiran keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

“Majlis perkahwinan mereka diadakan di kediaman Ariana yang terletak di Montecito, California dan dihadiri kurang daripada 20 tetamu termasuklah keluarga kedua-dua belah pihak. Ruang majlis itu dipenuhi dengan kebahagiaan dan penuh kasih sayang. 

Keluarga kedua mempelai itu juga berkongsi rasa gembira malah teruja dengan perkahwinan pasangan tersebut,” jelasnya. 

Berita mengenai percintaan Ariana dan Dalton mula menjadi bualan hangat orang ramai sejak Februari tahun lalu kerana wajah Dalton yang mirip dengan bekas kekasihnya, Pete Davidson. 

Ariana dan Dalton mula lebih terbuka dan berkongsi mengenai kisah cinta mereka apabila kedua-duanya muncul dalam video muzik lagu duet Ariana bersama Justin Bieber berjudul ‘Stuck With U’. 

Sumber gambar: Twitter Ariana Grande

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...