web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Song Joong Ki Terharu Menjadi Bapa, Katy Louise Saunders Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Mereka Di Rom, Itali

Song Joong Ki juga menjelaskan, dia menganggap kelahiran bayi lelaki itu yang juga cahaya mata pertamanya dengan Katy Louise Saunders itu sebagai satu anugerah.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 8:24PM

Song Joong Ki sendiri berkongsi berita gembira itu menerusi surat yang dihantar kepada pihak media tertentu yang turut disertakan dengan sekeping gambar anaknya sedang memegang jarinya - Gambar Naver dan Instagram Song Joong Ki

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor Song Joong Ki akhirnya menempuh dunia kebapaan apabila isterinya, Katy Louise Saunders yang juga seorang aktres dan bekas guru bahasa Italinya itu selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka. 

Agensi yang dinaungi Song Joong Ki telah mengesahkan tentang berita tersebut. 

“Song Joong Ki telah menjadi bapa kepada bayi lelaki di Itali.” 

Bahkan, Joong Ki sendiri turut berkongsi berita gembira itu menerusi surat yang dihantar kepada pihak media tertentu yang turut disertakan dengan sekeping gambar anaknya sedang memegang jarinya. 

Memetik laporan Soompi, Joong Ki telah menulis kandungan surat itu dengan begitu panjang lebar. 

“Helo, ini Joong Ki. Saya ingin tahu bagaimana keadaan anda semua.  Seperti yang anda mungkin tahu, saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk filem My Name Is Loh Kiwan di Hungary dan saya juga mendapat penghormatan untuk menghadiri Festival Filem Cannes bagi  filem Hopeless.

“Semua momen dari festival filem masih terasa seperti mimpi kepada saya; begitulah gembiranya saat melalui hari-hari saya.

“Hari ini, saya datang ke sini kerana saya mempunyai satu lagi berita yang terasa bagaikan mimpi, dan saya ingin menjadi yang pertama yang memaklumkannya kepada anda,” katanya.  

Menurut Joong Ki, dia dan Katy telah menyambut kelahiran zuriat mereka itu di Rom, Itali yang juga kampung halamannya isterinya itu. 

Song Joong Ki bersama Katy Saunders - Gambar Fail
Song Joong Ki bersama Katy Saunders - Gambar Fail

“Dia adalah anak lelaki yang sihat dan kedua-dua bayi dan ibunya berada dalam kesihatan yang sangat baik. 

“Semasa kami mengalu-alukan (anak kami) dalam kesihatan dan kegembiraan yang baik, saya telah menjaga keluarga saya dengan penuh  gembira, dengan hati yang bersyukur,” jelasnya.    

Song Joong Ki juga menjelaskan, dia menganggap kelahiran bayi lelakinya itu adalah satu anugerah. 

“Saya rasa (anak kami) adalah hadiah paling berharga yang menemui jalannya kepada kami, pasangan suami isteri yang memiliki impian besar dalam hidup kami adalah untuk membina keluarga yang bahagia.

“Dan saya rasa terima kasih kepada ramai orang yang memberi telah memberikan sokongan mereka terhadap kami. 

“Saya sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Ki Aile (peminat Song Joong Ki) yang telah memberikan cinta yang ikhlas, tidak berubah, dan saya, Joong Ki, secara ikhlas berharap bahawa anda juga akan menikmati kegembiraan besar dalam hidup anda juga. 

“Sebagai aktor, dan untuk tetap jujur menjadi diri saya sendiri, saya akan kembali bersama anda dengan projek yang lebih menarik. Harap sentiasa sihat dan saya sayang kamu,” tulisnya sambil menutup bicara. – Getaran, 15 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Kisah Seorang Bapa: Inspirasi Dan Legasi

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, Anak Perempuan Maut Nahas SUV - 4WD

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN