web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Langgar SOP COVID: Cukupkah Sekadar Denda Kepada Instafamous Dan Selebriti?

Tidak ada dwistandard dalam menjatuhkan hukuman kepada pelanggar SOP COVID. Lalu, adakah memadai selebriti dan instafamous cuma dikenakan denda?

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 1:05PM

Gambar: Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak akhir-akhir ini kes melibatkan  Instafamous atau selebriti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang wabak COVID-19 menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat yang kebanyakannya mahu hukuman setimpal dikenakan kepada pesalah.

Namun, adakah hukuman denda sahaja memadai bagi memberi pengajaran kepada golongan ini  dan bakal pesalah lain?

Peguam Adi Zulkarnain Zulkafli berpendapat hukuman ringan yang dikenakan kepada golongan ini boleh memberikan impak atau persepsi buruk masyarakat umum terhadap sistem perundangan negara memandangkan golongan tersebut merupakan tokoh masyarakat.

“Setiap tingkah laku serta sahsiah mereka mempengaruhi pengikut atau peminat mereka. Oleh yang demikian, perlu satu hukuman lebih berat dikenakan untuk menyampaikan mesej bahawa tidak ada dwistandard dalam menjatuhkan hukuman,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, amat wajar jika hukuman yang dijatuhkan itu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan agar rakyat lebih yakin golongan ini tidak menikmati “keistimewaan” daripada pihak berkuasa.

Tegasnya tindakan sedemikian juga akan membuatkan masyarakat  berfikir banyak kali sebelum melakukan kesalahan sama.

Adi Zulkarnain menjelaskan sesuatu hukuman yang dikenakan bertujuan memberi pengajaran kepada pesalah dan juga orang awam agar mereka tidak melakukan perbuatan yang sama.

Pada 20 April lepas, seorang selebriti Instagram, Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed dan suaminya  Azharique Shah Abdul Jalil masing-masing dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati memberi maklumat bertulis palsu kepada polis untuk merentas negeri.

Selebriti Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor pula dikenakan kompaun RM20,000 atas kesalahan melanggar SOP penganjuran majlis perkahwinan serta merentas negeri, manakala suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail dikompaun RM10,000 kerana turut sama melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.    

Pada 4 Mei, seorang lagi Instafamous dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam video adegan raya melibatkan anggota polis berpakaian uniform yang dimuat naik di laman sosial miliknya baru–baru ini.

Pendirian sama turut diluahkan peguam Siti Nor Syahidah Ismail yang berpendapat bahawa hukuman lebih berat perlu dikenakan ke atas selebriti  kerana masyarakat berpotensi meniru tindakan itu sehingga menyebabkan mereka tidak mengendahkan perintah pihak berkuasa.

“Kadangkala masyarakat akan memandang Instafamous sebagai VVIP, orang yang sentiasa terlepas daripada sebarang bentuk hukuman seperti yang sepatutnya dikenakan kepada orang awam. 

“Sedangkan impak perbuatan mereka itu mungkin menyebabkan kesusahan kepada orang ramai. Perlu diingat nobody is above the law dan impak perbuatan mereka ini seolah-olah mereka VVIP yang mana apabila membuat salah  tetapi seperti  tiada tindakan tegas,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN