Berita Terkini

15 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Muzik, Tanggungjawab dan Populariti- Menjengah Dunia J. Balvin

Populariti ada harganya. Singkap hidup bintang reggaeton ini lewat dokumentari baharunya, ‘The Boy From Medellin.’

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 2:30PM

Gambar: Instagram JBalvin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama J. Balvin cukup sinonim dengan muzik reggaeton. Baru-baru ini sebuah dokumentari telah diterbitkan untuk berkongsi kisah pemuzik asal Colombia ini. 

Popularitinya meningkat bersama dengan pergolakan politik yang terjadi di Colombia. Secara tak sengaja ia membuatkan bintang ternama ini mempersoalkan pendiriannya sebagai pemuzik atau sebagai orang ternama yang mempunyai tanggungjawab sosial.

Dokumentari ‘The Boy From Medellin’ telah dihasilkan pada 2019 dan sudah mula ditayangkan minggu lalu, tepat pada hari jadi Balvin yang ke-36.

Dokumentari ini membawa peminat masuk ke dunia Balvin yang pada waktu itu sibuk membuat persiapan untuk konsert homecoming di stadium di Medellin, sebagai penutup tour antarabangsanya pada tahun itu.

Bagaimanapun seminggu sebelum konsertnya berlangsung, Colombia mula bergolak hebat. 

Keganasan polis terhadap penunjuk perasaan telah menyebabkan kematian seorang remaja lelaki yang menentang polisi keras Presiden Ivan Duque.

Bantahan yang berlaku di Colombia waktu itu sedikit sebanyak menggugat kelangsungan konsert Balvin. Dokumentari yang diarahkan oleh Matthew Heineman ini memberi fokus kepada pergolakan dalaman Balvin yang tertekan dengan situasi sekelilingnya. 

Adakah dia patut menyuarakan pendapatnya tentang keadaan sosio politik setempat, atau dikritik kerana berdiam diri.  

Balvin atau nama sebenarnya Jose Alvaro Osorio Balvin dilahirkan dalam keluarga kelas menengah di Medellin. Muzik dan lagu-lagunya sangat menitikberatkan bahasa dan identiti Amerika Latinnya.

Pemenang anugerah Latin Grammy ini cukup sinonim dengan rentak reggaeton dan lagu-lagunya memang tidak putus diputar di radio-radio seluruh dunia.

Dalam dokumentari ini, Balvin menyuarakan harapannya agak karyanya dapat membantu menghapuskan stereotaip Colombia sebagai sarang dadah dan membantu peminat antarabangsa mengenali negara itu di luar daripada masalah kerajaan, gerila dan tentera.

“Kerja kami adalah untuk menghibur,” katanya kepada seorang wartawan tempatan. Tetapi kata-kata itu dan keenggannya untuk bersuara tentang tunjuk perasaan yang terjadi di tempat asalnya telah mengundang kecaman dan memaksa Balvin mencari ‘suara’ politiknya.

Hentikan Perang Mengarut Ini

Akhirnya, atas desakan pengurusnya Scooter Braun, Balvin bersuara.

“Apabila saya membuat keputusan untuk menjadi seorang artis, saya tidak minta untuk menjadi seorang ahli politik,” kata Balvin kepada seorang wartawan sewaktu sidang media sebelum pelancaran dokumentari ini.

“Tapi selepas itu, saya mula sedar bahawa suara saya, pendapat saya, adalah lebih berkuasa daripada kata-kata ahli politik.”

“Cakap salah, tak cakap pun salah. Jadi apa salahnya mencuba.”

Dokumentari ini boleh ditonton melalui platform penstriman Amazon Prime. 

Ia juga menyingkap pergelutan dalaman Balvin dengan masalah kesihatan mental yang menyebabkan beliau resah menghadapi tekanan menjadi tokoh masyarakat.

“Ramai orang di luar sana yang menderita kerana tidak tahu apakah masalah sebenar yang sedang mereka hadapi,” katanya kepada wartawan tatkala menceritakan sebab mengapa dia mahu jujur bercakap tentang topik sensitif ini. 

Balvin sudah lama bergelut dengan dengan masalah kemurungan dan keresahan.

“Jika saya dapat membantu mereka, mengapa tidak?”

Dokumentari tentang Balvin mula ditayangkan ketika Columbia berhadapan dengan pergolakan. Kali ini, ribuan penunjuk perasaan berarak menentang polisi kesihatan, pelajaran dan ketidaksetaraan yang diumumkan oleh Presiden Duque.

Menurut angka rasmi, puluhan orang telah meninggal dunia sementara pasukan keselamatan bergelut dengan penunjuk perasaan. Reaksi pihak pemerintah telah dikecam ramai dan dikatakan sebagai melampau.

Kali ini Balvin pantas bersuara. Beliau menyatakan ini adalah sebuah masalah hak asasi manusia dan mahukan perdamaian.

“Hentikan perang saudara ini,” tulisan pada satu post di Instagram yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan Sepanyol.”

“Kepada rakan-rakan seperjuangan dan bintang-bintang ternama, tolong bantu saya dan kami untuk menyebarkan pesan kebenaran ini.”

“Kita perlu hentikan perang saudara yang gila ini,” katanya. - AFP

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Berkenan Tonton Dokumentari Khas Menjunjung Kasih Tuanku Terbitan BERNAMA TV

3

Muzik 3 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

4

Muzik 3 bulan yang lalu

Akhirnya Hindia Mendarat, Bawa Representasi Anak Muda

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar