web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kalau Tak Pelik, Bukan Aina Abdul! - Fesyen Selimut Toto Dan Ais Krim Paddle Pop Jadi Perhatian Netizen 

Fesyen dan Aina Abdul memang tidak dapat dipisahkan. Apatah lagi bila penyanyi muda bersuara hebat ini sering tampil dengan fesyen pakaian yang pelik-pelik. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 12:25PM

Fesyen yang digayakan oleh Aina Abdul dalam program Big Stage 5 mendapat perhatian ramai. - Gambar dari Instagram Aina Abdul

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam konsert mingguan program Big Stage 5 yang berlangsung malam tadi, Aina telah mengenakan fesyen pakaian seakan-akan selimut toto atau sleeping bag, dan di bahagian belakang kepalanya pula, ia kelihatan seperti sebuah bantal. 

Ternyata apa yang dipakai Aina di dalam program tersebut telah menarik perhatian netizen dan ia turut menjadi perbualan hangat di ruangan media sosialnya sendiri. 

Ada yang berpendapat Aina tidak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian ramai dengan fesyen penampilan sebegitu sebegitu kerana dia telah pun dikurniakan vokal yang hebat dan bakat nyanyian yang bagus. 

Fesyen yang digayakan oleh Aina di dalam program tersebut telah menarik perhatian netizen dan menjadi bualan hangat di media sosial.
Fesyen yang digayakan oleh Aina di dalam program tersebut telah menarik perhatian netizen dan menjadi bualan hangat di media sosial.

Bahkan, ada yang berpendapat cukuplah kalau dia hanya mengenakan fesyen sebegitu sewaktu beraksi di atas pentas dan sebagai juri, tidak perlulah dia menyiksa diri mengenakan fesyen yang pelik-pelik.

Fesyen yang ringkas pun sudah mencukupi. 

Tidak kurang juga yang memuji dan mengatakan fesyen yang dipakainya itu adalah avant garde dan ia benar-benar menutup aurat. 

Namun, yang lucunya ada juga yang mengusik Aina dengan mengatakan pakaiannya itu itu seperti selimut toto, sleeping bag, marshmallow, lollipop atau ais krim paddle pop yang penuh warna warni. 

Seorang pengikut Aina iaitu Moni 2903 menulis: “Padan mak aku bising toto die hilang kat ampai” 

Tulis amazing_hasby pula: “ Senang. Dalam perjalanan balik rumah boleh tanggalkan mekal dalam kereta. Sampai rumah, masuk bilik terus tidur. Nak tidur di ruang tamu pun okay”. 

Komen daripada nurainnnabilahn1:  “Alamak, macam marshmallow berwarna-warni”. 

Pengikut bernama gee_Ayub pula berkata: “Sleeping bag, boleh bawak camping”

“Hei siap bebantal pulak minggu nih! Haha,” tulis ladyziana78. 

Komen yang melucukan daripada aizaharis: “Toto berjalan ke ni. Terus rasa mengantuk”. 

Ini pula komen daripada raudhahofficial_andulrahim: “Weiii terus lapar aiskrim pelangi yang paddle pop tu. Ermm, Stail tak pernah menghampakan”. 

Apapun, wajarkah bagi pengikut Aina untuk meminta dia supaya tidak mengenakan fesyen pelik-pelik sebegini sebagai juru mahu pun sewaktu beraksi di atas pentas? – Getaran, 29 Mei 2023 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 15 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN