web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peguam Beritahu Syamsul Yusof Tidak Tahu Mengenai Dakwaan Lafaz Cerai Pernah Terjadi 2 Kali Sebelum Ini 

Menurut hasil laporan JKP daripada pihak Puteri Sarah Liyana, ada dakwaan mengatakan Syamsul pernah melafazkan cerai terhadapnya yang berlaku di luar mahkamah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 12:13PM

Azmi Mohd Rais, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Proses mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya iaitu pengarah, Syamsul Yusof tertangguh selepas peguam mewakili Syamsul, Azmi Mohd. Rais meminta pihak plaintif untuk memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh suaminya.

Menurut Azmi, hakim telah mengarahkan supaya isu lafaz cerai itu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kes-kes lain diteruskan.

“Pihak hakim meminta plaintif untuk memfailkan dakwaan lafaz cerai yang didakwa telah dilakukan sebanyak dua kali oleh Syamsul. Jadi dapatan (keputusan) JKP perlu ditangguhkan dahulu membabitkan perintah shiqaq,” katanya.

Azmi Mohd Rais - Gambar oleh Helmi Anuar
Azmi Mohd Rais - Gambar oleh Helmi Anuar

Jelas Azmi lagi, prosedur JKP sepatutnya dilakukan secara bersama dan bukanlah berasingan.

“Pengerusi JKP memberi keterangan mengenai cara pengendalian sesi JKP dan berpendapat sesi tersebut sepatutnya dibuat secara berasingan mengikut situasi.

“Tetapi kami tidak bersetuju. Kami juga memandang serius prosedur itu dan mengenai dakwaan lafaz cerai itu pun anak guam (Syamsul) saya tidak tahu kerana prosedur tersebut dijalankan secara berasingan.

“Itulah masalahnya apabila JKP dibuat secara berasingan. Ambil nota tetapi pihak dan wakil tidak bercakap antara satu sama lain. Jadi isu lafaz cerai ini anak guam saya tidak menjawab dalam prosedur JKP,” katanya.

Tambah Azmi, hakim mengarahkan kedua-dua belah pihak untuk menyelesaikan dahulu kes pengesahan lafaz cerai yang perlu difailkan oleh pihak plaintif.

“Isu yang lebih penting sekarang adalah Yang Arif telah memerintahkan bahawa pihak berkenaan kena memfailkan pengesahan lafaz cerai.

“Jadi pada 14 Jun ini adalah untuk mengetahui status pengesahan lafaz cerai,” jelasnya. 

Terdahulu pasangan ini hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis bagi mendengar keputusan hasil Jawatankuasa Pendamai (JKP). Dapatan JKP terhadap prosedur yang telah dijalankan mendapati perkahwinan ini tidak lagi boleh diselamatkan kerana terdapat shiqaq (perbahalahan berpanjangan) dan kewujudan pihak ketiga. 

Disebabkan ada laporan bahawa lafaz cerai pernah terjadi sebelum ini dalam perkahwinan mereka, mahkamah meminta agar mereka memfailkan permohonan lafaz cerai terlebih dahulu untuk menentukan jumlah talak yang akan terjadi untuk proses cerai yang seterusnya. -  Getaran, 26 Mei 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN