web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemunculan Ahli Gusti Di Set Lokasi Penggambaran Filem Baharu Captain America Dengan Kostum Penuh, Bikin Peminat Teruja 

Penglibatan Seth Rollins dalam Hollywood mula menjadi tumpuan selepas gambarnya berada di set lokasi penggambaran filem Captain America baharu, tersebar meluas di dunia maya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 6:00PM

Seth Rollins (tengah) muncul di set lokasi penggambaran filem Captain America - Gambar dari Twitter @Christo45951886

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang lagi bintang World Wrestling Federation (WWE) iaitu Seth Rollins telah menjadi ahli gusti terbaharu yang menyertai dunia perfileman Hollywood. 

Penglibatan Seth Rollins dalam Hollywood mula menjadi tumpuan selepas gambarnya berada di set lokasi penggambaran filem Captain America baharu tersebar meluas di dunia maya. 

Sebelum ini, beberapa ahli gusti WWE yang lain telah pun melakar nama masing-masing di layar perak Hollywood, misalnya seperti Dwayne 'The Rock' Johnson, John Cena dan Dave Batista. 

Seth Rollins - Gambar dari Twitter @WWERollins
Seth Rollins - Gambar dari Twitter @WWERollins

Namun, tidak disangkal bahawa di antara mereka, 'The Rock' sememangnya adalah ahli gusti yang paling berjaya sekali menempatkan namanya sebagai aktor paling berjaya dan paling berpengaruh di Hollywood. 

Bahkan, dia juga adalah antara aktor yang meraih bayaran tertinggi dan termahal dalam setiap filem-filem yang dibintanginya.

Antara filem-filem lakonannya yang berjaya adalah Black Adam, Free Guy, Red Notice, G.I. Joe: Retaliation, Fast Five, Fast & Furious 6, Furious 7, Jumanji: Welcome to the the Jungle, Jumanji: The Next Level, The Game Plan dan Tooth Fairy. 

Sementara Cena pula, telah membuat penampilan istimewa (cameo) dalam beberapa filem seperti The Suicide Squad, Fast X dan filem Barbie baharu yang akan dilancarkan pada Julai ini. 

Berbalik kepada Seth Rollins, tidak mustahil dia mampu mengatasi kejayaan yang telah pun dilakar beberapa rakan ahli gusti dalam bidang lakonan suatu hari nanti khususnya apabila dia terlibat dengan pembikinan filem Marvel Cinematic Universe (MCU)yang ke-34 ini. 

Ahli gusti berusia 36 tahun ini dilihat berada di set lokasi penggambaran Captain America: New World Order dengan kostum penuh dengan rambut yang telah dilunturkan dengan warna blonde. Namun, watak yang dipegangnya di dalam filem superhero terbitan Marvel Studios itu masih lagi dirahsiakan. 

Captain America: New World Order bagaimanapun bukanlah filem pertama yang dibintangi Seth Rollins. Sebelum ini dia pernah membintangi tiga buah filem termasuk Like A Boss, serta meminjamkan suara untuk dua filem animasi. Namun, kesemua filem itu gagal menyerlahkan namanya sebagai pelakon. 

Siapa tahu, tuah akan menyebelahinya selepas dia membintangi filem superhero Captain America: New World Order nanti. Buktinya yang jelas adalah seperti Jason Mamoa. 

Dalam perkembangan lain, Seth Rollins masih merupakan ahli yang aktif dalam senarai WWE dan dijadual berdepan dengan pertarungan hebat dengan AJ Styles untuk merebut gelaran heavyweight pada hujung bulan ini.  

Terdahulu, ahli gusti kelahiran Amerika Syarikat itu telah berjaya menewaskan Shinsuke Nakamura dan Damian Priest untuk mara ke perlawanan separuh akhir dengan Finn Balor, pada pertarungan yang berlangsung pada minggu lepas. Menerusi pertarungan sengit dengan Finn Balor, Seth Rollins telah diumumkan sebagai pemenang. – Getaran, 17 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Captain America: Brave New World Kekal Aksi Mengujakan

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pelakon Captain America, Chris Evans Dinobat Sebagai Lelaki Paling Kacak Di Dunia Bagi Tahun 2022

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Dipandang Sepi Di Negara Sendiri, Ayez Shaukat Berjaya Tembusi Hollywood 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...