web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon Captain America, Chris Evans Dinobat Sebagai Lelaki Paling Kacak Di Dunia Bagi Tahun 2022

Kata aktor berusia 41 tahun itu, ibunya pasti sangat bangga dengan gelaran yang diterima ini.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 7:03PM

Chris Evans - Instagram People

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon kacak Chris Evans telah dinobatkan sebagai  ‘Lelaki Terseksi Di Dunia’ oleh majalah People bagi edisi 2022.

Aktor yang pernah menempa nama menerusi watak adiwira Captain America itu kini duduk sebaris dengan David Beckham, Idris Elba, Chris Hemsworth, Adam Levine, Dwane Johnson dan Michael B Jordan yang pernah memiliki takhta yang sama pada tahun-tahun sebelumnya. 

Chris yang kini berusia 41 tahun memberitahu majalah People dalam wawancaranya bahawa ibunya pasti berasa bangga dengan pencapaian ini.

“Ibu saya pasti sangat gembira dengan berita ini. Ibu saya sering bangga dengan apa sahaja yang saya lakukan, tetapi ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakannya,” katanya. 

Kata Chris lagi, wawancara mengenai gelarannya  ini sangat canggung untuk dilakukan dan dia pasti akan ‘dibuli’ rakan-rakannya kerana digelar sebagai lelaki paling seksi sepanjang zaman.

“Sejujurnya perkara ini akan dijadikan ‘point’ untuk saya ‘dibuli’ oleh rakan-rakan,” katanya berseloroh. 

Memasuki fasa umur 40an, Chirs mengakui bahawa dia kini mengutamakan keseimbangan dalam kerja serta menjalani kehidupan yang sihat dan dia cuba menghabiskan sebanyak mungkin masa di rumah dan bersama keluarganya di Boston.

“Apabila saya terima sesuatu watak sekarang, saya akan berhadapan dengan isu di mana penggambaran filem itu dilakukan.

“Saya sudah terlalu tua untuk tinggalkan rumah lebih dari enam bulan. Saya telah memasuki fasa di mana saya rasa lebih baik dan gembira apabila berada di rumah,” katanya. 

Chris juga kini banyak memikirkan tentang masa depannya di luar arena lakonan termasuklah tentang perkahwinan serta menjadi bapa. – Getaran, 8 November 2022

Chris Evans - Gambar Instagram People
Chris Evans - Gambar Instagram People

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Captain America: Brave New World Kekal Aksi Mengujakan

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kemunculan Ahli Gusti Di Set Lokasi Penggambaran Filem Baharu Captain America Dengan Kostum Penuh, Bikin Peminat Teruja 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 5 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN