Berita Terkini

48 minit yang lalu: UMNO akan teliti rayuan ahli digantung keahlian - Ahmad Zahid 49 minit yang lalu: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu dengan Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN 49 minit yang lalu: Ahmad Zahid - PM setuju secara dasar penubuhan SEGiM 50 minit yang lalu: Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan 3 jam yang lalu: Seorang lelaki lemas manakala 7 lagi terselamat apabila bot pancing karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, petang tadi

IKUTI KAMI


Isu Isteri Gugurkan Anak – Hafidz Roshdi Buat Dua Kali Laporan Polis, Dakwa Tiada Resit Hospital

Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada ditemui di Mahkamah Syariah Shah Alam bagi sebutan pengesahan lafaz cerai. Namun, kes cerai Hafidz dan Nurul Shuhada ditangguhkan pada 20 Jun depan.

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 2:21PM

Pelakon Hafidz Roshdi mengakui telah membuat dua laporan polis berhubung dakwaan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri telah mengugurkan anak ketiga mereka - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Hafidz Roshdi mengakui telah membuat dua laporan polis berhubung dakwaan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri telah mengugurkan anak ketiga mereka. 

“Terus-terang, saya agak sedih apabila menerima berita pada 5 Mei lalu daripada daripada pihak peguam defendan kepada peguam saya bahawa Shu telah keguguran, anak ketiga kami. 

“Dalam WhatsApp, dia ada beritahu nak gugurkan kandungan. Saya dah buat laporan polis bagi melindungi diri saya. 

“Tau-tau dia dah gugur. Jadi, saya buat laporan polis (sekali lagi) supaya pihak polis buat siasatan, Sebab dia minta duit kos keguguran, saya tak tahu. Dia tiada bukti resit daripada hospital. 

“Sebab itu, saya buat dua kali laporan polis. Biar pihak polis buat siasatan,” katanya dalam sebuah video wawancara bersama Hlive. 

Hafidz juga memaklumkan bahawa dia percaya dengan kredibiliti barisan pihak peguamnya untuk menyelesaikan perkara ini apabila Shu (panggilan untuk isteri) telah keguguran.

Dalam pada itu, Hafidz juga memberitahu bahawa dia telah berusaha berjumpa dengan anak-anaknya tetapi gagal atas alasan tidak punya kesempatan. 

“Sebagai manusia biasa saya tidak lari daripada kesilapan dan melakukan kesilapan. Saya telah cuba banyak kali berjumpa dengan anak, tetapi tidak berkesempatan,” katanya. 

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan suaminya tentang tindakannya menggugurkan anak, Nurul Shuhada berkata, perkara itu masih lagi berada di dalam siasatan pihak polis. 

“Saya masih belum memberikan kenyataan. Sebab masa polis hubungi saya, saya sedang berada di Kuala Lumpur, bekerja. 

“Sebetulnya, pihak peguam saya sudah pun menjawab kepada pihak peguam dia. Tapi, saya juga tidak faham, mereka tak faham kat mana,” katanya. 

Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada ditemui di Mahkamah Syariah Shah Alam bagi sebutan pengesahan lafaz cerai. Namun, kes cerai Hafidz dan Nurul Shuhada ditangguhkan pada 20 Jun depan.

Mengulas tentang kes perbicaraan yang ditangguhkan pula, Nurul Shuhada berkata, dia sebenarnya baru mendapat pembelaan balas daripada peguamnya.  

"Jawapan pembelaan balas itu diterima daripada daripada pihak diaorang, itu pun semalaman. Tapi kami memang sudah bersedia untuk kes bicara ini. 

“Tapi tiba-tiba mereka  minta tangguh. Saya pun terkejut juga sebab sebelum ini mereka yang memulakan dengan lisan. Kita pun nak habis dengan lisan. Tapi, mereka minta tangguh untuk bertulis pula,” katanya. 

Nurul Shuhada juga tidak dapat menahan emosi apabila diajukan tentang dugaan yang diterimanya lagi apabila kali ini keguguran anak ketiga. 

“Allah Maha Baik. Dengan keadaan diri saya, saya juga tidak boleh tumpu pada bisnes.  Saya juga tak mahu menangis. Saya minta maaf. Anak (anak ketiga yang keguguran) saya dah tunggu saya dah. 

“Tapi, jangan risau, anak-anak sudah bagi nama pada dia. Nama dia Uwais. Doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya dengan nada sebak dan linangan air mata. – Getaran, 9 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Pelakon Hafidz Roshdi Disahkan Waras, Layak Dibicara Cederakan Isteri

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Tersentuh Hati Bila Masih Mendapat Kepercayaan Penerbit, Hafidz Roshdi Akui Tahap Kesihatannya Semakin Pulih 

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Cerai Hafidz Roshdi: Mahkamah Tetap 9 Mei Untuk Sebutan

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Hafidz Roshdi Tersentuh Dengan Mesej Sharnaaz Ahmad Buatnya

Sorotan

1

Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

2

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

3

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Semakin Seksi Sejak Badan Sudah Kurus, Norreen Iman Dikecam Netizen Kerana Pakai Baju ‘Crop Top’

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Minta Nasihat Darling Ngasri Untuk Terbit Filem Sulung, Jemputan Ke Neraka Filem Psiko Thriller Terbitan Anne Ngasri 

Filem bergenre psiko thriller seram yang diterbitkan di bawah produksi milik Anne iaitu AN Universal Sdn. Bhd dan dia telah melantik Darling sebagai penerbit p...

oleh Zara Sofea

Selebriti 12 jam yang lalu

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Dengan sekali lafaz, Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini bin Azan Schatzmann, 29, sah bergelar suami kepada Janna Nick atau nama sebenarnya, Nurul Jannah bi...

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Iman Troye Nak Bagi RM300 Buat Pelajar SPM 2022 Yang Berjaya Mencapai Peningkatan Dalam Apa Saja Mata Pelajaran

oleh Helmi Anuar