web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tersentuh Hati Bila Masih Mendapat Kepercayaan Penerbit, Hafidz Roshdi Akui Tahap Kesihatannya Semakin Pulih 

Pelakon yang memiliki dua cahaya mata ini juga akui sudah bersedia untuk kembali bertugas dan bersifat terbuka jika punca rezeki datang dari mana-mana industri. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 10:00AM

Hafidz juga turut memaklumkan bahawa tahap kesihatan dan semangat dirinya kini semakin pulih. - Gambar Hafidz Roshdi 

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Hafidz Roshdi mengakui hatinya cukup tersentuh apabila masih ada pihak penerbit yang masih lagi meletakkan kepercayaan terhadap dirinya untuk meneruskan kerjaya lakonan. 

“Saya sangat tersentuh hati dengan kepercayaan oleh Tuan Jaja Ishak, seorang penerbit yang saya hormati dan segani.

“Perkongsian dan kata-kata semangat dari beliau akan saya kenang sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri demi memberikan yang terbaik didalam kerjaya Hafidz,” katanya dalam satu hantaran yang dimuatnaik di Instagram.  

Hantaran itu dimuat naik sebagai respon terhadap kenyataan Jaja Ishak iaitu penerbit rumah produksi, Kembara Sudi Production Sdn Bhd yang mengakui tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengannya lagi seperti mana yang dilaporkan akhbar Berita Harian. 

Namun, pada masa yang sama, Jaja mengakui tidak mempunyai keperluan untuk memanggilnya berlakon. 

Hafidz juga turut memaklumkan bahawa tahap kesihatan dan semangat dirinya kini semakin pulih.

“Ini adalah kerana bimbingan, kepercayaan dan kasih sayang yang erat oleh setiap ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan, rakan-rakan selebriti dan peminat Hafidz. Alhamdulillah. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik kalian.

“Saya kini bersedia untuk kembali bertugas dan bersifat terbuka jika punca rezeki datang dari mana-mana industri demi untuk meneruskan tanggungjawab sebagai insan terutamanya sebagai Abah kepada kedua-dua anak kandung saya iaitu Humairah dan Umar.

Saat bahagia Hafidz disamping isteri, Nurul Syuhada dan dua anak mereka Humairah dan Umar. - Gambar Hafidz Roshdi
Saat bahagia Hafidz disamping isteri, Nurul Syuhada dan dua anak mereka Humairah dan Umar. - Gambar Hafidz Roshdi



“Jika pihak industri atau mana-mana pihak masih dapat menerima saya, dengan rendah diri saya dapat dihubungi melalui nombor seperti yang tertera didalam Instagram Hafidz.

“Saya juga terbuka untuk membuat tugasan seperti Product Review dan yang bersesuaian bagi mana-mana pihak terbabit. Asalkan, saya terus menerima rezeki yang halal,” katanya. 

Aktor yang mencetuskan kontroversi berikutan isu perceraian rumahtangganya ini juga berdoa dan berharap agar dia dapat menjalani hidup sebagai insan seperti sebelum ini dan seperti masyarakat lain. 

Mengenai isu peribadinya, dia percaya dia akan diadili berdasarkan mutu dan komitmen kerjanya. 

“Jutaan terima kasih kepada semua pihak media di atas penerbitan artikel mengenai ruang dan rezeki buat saya di dalam industri. 

“Saya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” katanya mengakhiri penulisannya.

Kemelut rumah tangga Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi dengan isterinya, Nurul Syuhada bermula apabila didakwa menjalinkan hubungan semula dengan bekas kekasihnya.

Hafidz juga turut didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu, namun mengaku tidak bersalah. 

Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Susulan daripada itu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. – Getaran, 9 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Baru Dapat Peluang Berlakon, Mesej Lucah Hafidz Roshdi Disebarkan Bekas Isteri

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...