web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bercinta Dengan ‘N’ Selama 5 Tahun Secara Jarak Jauh, Johan As’ari Bakal Berkahwin Hujung Tahun Dengan Suri Hatinya Itu

Menurut Johan, kekasihnya,‘N’ yang menetap di Perlis itu adalah seorang usahawan tanah yang memiliki ijazah Doktor Falsafah dalam jurusan Sains Politik dari Universiti di United Kingdom.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 4:11PM

Johan As'ari - Gambar Instagram Johan As'ari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiada ada angin tentang kisah percintaannya, tiba-tiba pelakon Johan As’ari menyatakan dia akan menamatkan zaman bujangnya hujung tahun ini.

Menurut Johan, dia secara diam-diam telah menjalinkan hubungan istimewa jarak jauh selama lima tahun dengan wanita yang dikenali sebagai ‘N’. Bahkan, dia berharap akan dapat mendirikan rumahtangga dengan ‘N’ pada tahun ini juga. 

Kata Johan atau nama sebenar Johan Ariff As'ari, 37, meskipun belum menetapkan sebarang tarikh, perancangan dan perbincangan untuk mendirikan rumah tangga sedang giat dilakukan bersama suri pilihan hatinya iu. 

“Memang target saya tahun ini. Alhamdulillah  persiapan perkahwinan hampir 90 peratus siap. Pilihan hati pun sudah ada. Cuma, belum menetapkan sebarang tarikh saja. Saya akan war-warkan tarikh kalau jadi. 

“Selain itu,  perbincangan dengan orang-orang tertentu juga sudah dibuat. Yang nak taja baju perkahwinan kami pun dah ada. Jadi, nampaknya, memang sudah semakin nampak ke arah itu (berkahwin),” katanya pada malam gala filem Tujuh Dua Belas, malam tadi.

Johan merancang untuk menamatkan zaman solo tahun ini juga. - Gambar Instagram Johan As'ari
Johan merancang untuk menamatkan zaman solo tahun ini juga. - Gambar Instagram Johan As'ari

Pelakon filem Juvana itu, sebelum ini pernah mendedahkan merancang untuk mengahwini seorang usahawan hartanah yang dikenalinya sejak lima tahun lalu.

Mengulas lebih lanjut tentang ‘N’, pelakon filem Juvana ini mendedahkan bahawa wanita yang berjaya mencuri hatinya itu merupakan seorang usahawan tanah. 

“Dia berusia 39 tahun, menetap di Perlis dan memiliki ijazah Doktor Falsafah dalam jurusan Sains Politik dari Universiti di United Kingdom,” katanya, namun keberatan untuk berkongsi nama penuh serta wajah wanita tersebut. 

Ketika disoal, apakah keperibadian wanita itu yang berjaya menambat hatinya, Johan berkata, kekasihnya itu seorang yang suka memberi sokongan dan semangat.

“Alhamdulillah, dia wanita hebat dan amat berdikari. Saya bersyukur sekiranya Allah memakbulkan jodoh kami. Dia tak ajar saya dengan duit. Dia suka beri saya semangat, sokongan dan kekuatan untuk melakukan apa saja yang saya nak buat. 

“Malah, ada masa juga yang saya tidak bersemangat seperti buat ‘live’ di TikTok, dia pasti galakkan saya dengan meniupkan kata-kata semangat. 

“Bukan hanya itu sahaja, dia turut menyokong penyertaan saya dalam pertandingan nyanyian, ia membuatkan saya bertambah yakin dengan diri sendiri serta bersemangat mencuba,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul dalam filem Tujuh Dua Belas’arahan Thorpe Ali, membawakan watak antagonis sebagai Bentayan.

Johan menyifatkan watak dalam filem berkenan mantap dan dia berpuas hati dengan lakonannya kerana melakukan banyak babak aksi sendiri.

“Membawa watak Bentayan dalam filem ini saya betul-betul dapat bertarung dalam banyak babak. Semua aksi (pertarungan) itu saya buat sendiri dan saya juga amat kagum dengan aksi bela diri pelakon Farahali Khan dan Chintya Chandranaya dari Indonesia,” ujarnya.

Filem Tujuh Dua Belas yang mengangkat kisah sindiket menjual organ manusia, bakal menemui penonton di seluruh pawagam tempatan mulai esok. – Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...