web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bukan Berdendam Dengan Sesiapa, Nora Danish Buka Rumah Produksi Sendiri Kerana Boleh Pilih Dan Pelakon Yang Diinginkan 

Pelakon Nora Danish telah mengambil keputusan untuk membuka rumah produksi sendiri agar minatnya sebagai seorang pelakon masih dapat diteruskan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 4:00PM

Nora mengakui selepas melahirkan anak bongsu dia menolak banyak tawaran lakonan kerana lebih menumpukan masa kepada anak-anak dan keluarga. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Nora Danish telah mengambil keputusan untuk membuka rumah produksi sendiri agar minatnya sebagai seorang pelakon masih dapat diteruskan.

Menurut Nora, selepas melahirkan anak bongsu, dia memperlahankan kerjaya seninya kerana mahu memberikan tumpuan kepada anak dan keluarga sehingga terpaksa menolak banyak tawaran berlakon.

“Saya sekarang meluangkan lebih masa dengan keluarga dan anak-anak, terutama yang bongsu, dia sangat rapat dengan saya. Saya slow down sikit-sikit untuk berlakon sebab nak jaga anak-anak saya.

“Saya tidak risau jika tiada tawaran berlakon disebabkan saya sangat memilih dengan situasi saya ketika ini. Sebab apa saya tidak perlu risau kerana saya sudah memiliki rumah produksi sendiri.

“Jadi, dengan adanya rumah produksi sendiri, saya boleh merealisasikan watak-watak berat atau mungkin watak yang tak pernah saya buat dalam mana-mana naskhah sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem ‘Sumpahan Malam Raya’ yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 41, menjelaskan dengan membuka produksi sendiri, dia boleh memilih naskhah dan pelakon yang diinginkan.

Setelah berada 20 tahun di industri ini, minatnya untuk berkarya dalam dunia lakonan membuatkan dia mengambil keputusan untuk membuka produksi sendiri. - Gambar Instagram
Setelah berada 20 tahun di industri ini, minatnya untuk berkarya dalam dunia lakonan membuatkan dia mengambil keputusan untuk membuka produksi sendiri. - Gambar Instagram

“Betulkan, kalau ada produksi saya, saya boleh pilih, pelakon yang saya mahu serta jalan cerita yang bagaimana saya sendiri inginkan. 

“Saya akan ada hak dan kuasa untuk berbuat demikian. Semuanya saya boleh buat pilihan sendiri,” ujarnya.

Menurut pelakon ‘Bencinta’ itu, produksinya yang dinamakan ‘ND Production’  itu telah mula beroperasi sejak  Disember tahun lalu.

Tambahnya, setelah berada 20 tahun di industri ini, minatnya untuk berkarya dalam dunia lakonan membuatkan dia mengambil keputusan untuk membuka produksi sendiri.

“Bagi diri saya sendiri, dah lama berada dalam industri ini. Jadi, minat terhadap bidang ini menjadikan susah bagi saya meninggalkanya.

“Jadi kalau ada industri sendiri saya masih boleh aktif dalam bidang ini dan teruskan berkarya,” jelasnya.

Ketika ditanya sama ada penubuhan produksi sendiri adalah sebagai tanda dia membalas dendam disebabkan sebelum ini terikat dengan rumah produksi lain, Nora menafikannya.

“Sejujurnya, saya buka produksi sendiri ini bukannya ingin membalas dendam sebab tak dapat buat dekat mana-mana filem atau drama, tetapi apa yang saya boleh katakan lakonan sudah sebati dalam hidup saya.

“Jadi dengan ada rumah produksi sendiri, ini adalah pilihan yang tepat untuk saya teruskan minat saya. Saya boleh buat keputusan sendiri tanpa perlu kebenaran pihak lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nora kini menjadi sebahagian daripada barisan pelakon yang menjayakan filem ‘Sumpahan Malam Raya’, namun membawakan watak yang ringan.

Selain Nora, filem arahan Datuk Profesor Ts. Dr. A. Razak Mohaideen itu turut membariskan pelakon hebat termasuk Atu Zero, Reen Rahim, Danial Zaini, Rita Rudaini dan ramai lagi. – Getaran, 17 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nora Danish Berhijab Selepas Sering Hadiri Majlis Ilmu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Selepas Malaysia, Filem 'Sumpahan Malam Raya' Terbang Ke Brunei Dan Singapura

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Barisan Pelakon Hebat Dengan Unsur Komedi Menjadi Tarikan Filem ‘Sumpahan Malam Raya’

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Filem & TV 1 jam yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Filem & TV 8 jam yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...