Berita Terkini

1 jam yang lalu: Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem — Laporan UNODC 1 jam yang lalu: Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah sedalam 15 sentimeter 10 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 10 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 10 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba

IKUTI KAMI


Barisan Pelakon Hebat Dengan Unsur Komedi Menjadi Tarikan Filem ‘Sumpahan Malam Raya’

Mungkin ramai yang akan mempersoalkan pemilihan pelakon utama filem ini iaitu Atu Zero yang lebih dikenali sebagai pelawak, namun dia telah membuktikan bahawa dia juga layak untuk diangkat sebagai hero aksi di layar perak.

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 8:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem-filem Melayu tempatan yang dihasilkan sempena tayangan Aidilfitri memang banyak. Namun, filem yang kisahnya berkaitan dengan sambutan perayaan Aidilfitri boleh dibilang dengan jari.

Namun, pengarah filem Prof A Razak Mohaideen nampaknya memang cukup handal menghasilkan filem-filem yang menyelitkan tema tentang hari raya Aidilfitri.

Pada 2004 misalnya, Razak pernah mengarahkan filem komedi seram, ‘I Know What You Did Last Raya’ yang merupakan parodi kepada filem filem Amerika Syarikat, ‘I Know What You Did Last Summer’. Ia  mula ditayangkan 14 November 2004 pada sambutan hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Razak juga pernah mengarahkan sebuah filem komedi bertajuk ‘Raya Tak Jadi!’ pada 2011. Filem yang diterajui Saiful Apek dengan Johan Raja Lawak itu ditayangkan pada pertengahan raya.

Selain itu, Razak turut mengarahkan filem komedi seram, ‘Syif Malam Raya’ yang dibintangi kumpulan Zero dengan Reen Rahim yang ditayangkan beberapa hari sebelum raya pada 2020.

Terbaharu, Razak tampil dengan garapan filem komedi seram baharu, ‘Sumpahan Malam Raya’ untuk musim perayaan Aidilfitri ini yang mula ditayangkan pada hari pertama perayaan Aidilfiri iaitu 22 April lalu.

Kisah filem ini bermula apabila Syawal (Atu) dan Tania (Reen Rahim) yang melarikan diri ke Pulau Carey daripada diburu bapa Malik, seorang Taiko Besar Kuala Lumpur.

Syawal telah menipu adik ayah Malik iaitu Amir untuk mendapatkan wang dan ayah Malik/Amir telah ditipu kerana ubat kuat batin yang tidak menjadi.

Semuanya bermula apabila Syawal mendapati arwah bapanya meninggalkan banglo pusaka di Pulau Carey. Syawal dan Tania melarikan diri secara rahsia ke Pulau Carey pada Hari Raya Aidilfitri.

Di banglo pusaka yang kelihatan menakutkan itu, mereka disambut oleh penjaga sementara banglo tersebut iaitu Adam dan Misha. Mereka berempat mengambil keputusan untuk mengusahakan banglo tersebut untuk dijadikan homestay Singgah Sini.

Namun, setelah mereka usaha mereka menjadikan banglo usang itu kepada homestay, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan mula berlaku di banglo tersebut di mana setiap pengunjung/pelanggan yang menginap di situ pasti akan mati.

Mereka berempat yang terkejut dengan kejadian aneh itu menanam setiap mayat yang telah mati agar tidak diketahui polis.

Selepas beberapa jenazah dikebumikan, muncul seorang lelaki tua yang pelik (Tok) dan semua mayat yang dikebumikan sudah tiada. Lebih mengusutkan keadaan apabila Amir bersama kumpulan samseng Ayah Malik muncul di banglo itu.

Kini Syawal perlu bersama mereka berempat harus merungkai segala rahsia banglo itu demi menyelamatkan semua orang.

Sejujurnya, penulis terhibur menonton filem ini. Memang tidak kering gusi melayan ‘Sumpahan Malam Raya’. Biarpun ini merupakan filem komedi seram yang memang acapkali dihasilkan Razak, namun pendekatannya sedikit berbeza kerana ia lebih sarat dengan elemen kekeluargaan.

Mungkin ramai yang akan mempersoalkan pemilihan pelakon utama filem ini iaitu Atu Zero yang lebih dikenali sebagai pelawak, namun dia telah membuktikan bahawa dia juga layak untuk diangkat sebagai hero aksi di layar perak.

Walaupun kali pertama membawakan watak utama, namun Atu nampak tidak kekok, apatah lagi digandingkan dengan pelakon jelita Reen Rahim. Bahkan, dia berjaya membawakan wataknya itu dengan cukup baik dan berkesan sekali.

Kemunculan senario berjaya menyerlahkan elemen komedi dalam filem. Manakala, watak-watak sampingan atau cameo daripada pasangan suami isteri selebriti iaitu, Datin Lisa Surihani bersama suaminya Datuk Yusry Abdul Halim berjaya mencuit hati penonton. Begitu juga dengan Nora Danish yang memainkan watak sebagai Misha.

Biarpun, ‘Sumpahan Malam Raya’ ini agak sinonim dengan filem-filem komedi seram Razak sebelum-sebelum ini, namun penonton pasti terhibur melayan filem ini.

Malah, penonton juga akan turut menerima kejutan menerusi ‘plot twist’ yang disuntik di dalam filem ini.

Secara keseluruhan, ‘Sumpahan Malam Raya’ terbitan Veedu Production adalah sebuah filem ‘feel good’ menghiburkan yang sesuai ditonton seisi keluarga pada musim perayaan ini.

Rating : 3.0 Getar

Gambar: Veedu Production and Prof A Razak Mohaideen IG

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Selepas Malaysia, Filem 'Sumpahan Malam Raya' Terbang Ke Brunei Dan Singapura

2

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Sumpahan Malam Raya Gegarkan 1 Syawal, Bakal Pikat Penonton Dengan Elemen Seram Komedi

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Bukan Berdendam Dengan Sesiapa, Nora Danish Buka Rumah Produksi Sendiri Kerana Boleh Pilih Dan Pelakon Yang Diinginkan 

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 17 jam yang lalu

Diserang Dan Dikecam Netizen Sejak Kebelakangan Ini, Pemilik Les Copaque Tampil Meluahkan Perasaan Di Media Sosial 

oleh Zara Sofea

Muzik 10 jam yang lalu

Bergabung Dalam Konsert - Rusty Blade, May, Babylon Dan XPDC Bakal Rocking Dan Gegarkan Persembahan 

Rusty Blade, Babylon, May dan XPDC telah digabungkan dalam konsert yang digelar Lagenda Rock Vol 1 di Megastar Sg Plaza, Kuala Lumpur pada 16 Julai ini

oleh Ellyna Ali

Selebriti 15 jam yang lalu

Dituduh Perampas Tunang Orang - Farisha Iris Tidak Mahu Ambil Pusing Dan Tidak Peduli Kisah Silam Teman Lelakinya 

Tambah bekas peserta Big Stage musim ketiga itu lagi, dia enggan ambil peduli kisah lalu teman lelakinya itu walaupun sering menjadi bahan bualan netizen dalam...

oleh Rubini Nagarajah

Muzik 20 jam yang lalu

Big Stage 2023 : COEX Dapat Markah Tercorot, Namun Terselamat Kerana Tiada Penyingkiran, Tok Ram Suruh Berlatih 100 Hari

oleh Helmi Anuar