web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Umum Sedang Hamil Anak Ketiga, Usia Kandungan Sudah 10 Minggu

Perkara itu didedahkan Nurul Shuhada dalam satu hantaran yang dibuat menerusi Instagram pada semalam.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 10:00AM

Nurul Shuhada Mat Shukri - Gambar daripada Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri membuat pendedahan mengejutkan apabila memberitahu bahawa dia kini sedang hamil anak ketiga.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Shuhada di Instagram, dia memberitahu telah pergi ke mahkamah untuk mendapatkan haknya, dan tidak dapat menahan kesedihan sewaktu menceritakan kepada mahkamah bahawa dia kini sedang hamil 10 minggu.

“Ibu dah cuba untuk kuat. Ibu cuba hadap semuanya. Tapi sejujurnya ada hari kekuatan tu tak sampai pada ibu.

“Semalam sewaktu ke mahkamah, ibu tak mampu tahan hati ibu. Air mata mengalir tak henti waktu ibu ceritakan pada mahkamah yang ibu sedang mengandung 10 minggu.

“Ibu perlukan kekuatan dari keliling ibu. Ibu dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan kemurungan yang ibu hadapi sekarang. Ibu akan usaha sepenuh hati ibu. Ibu kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan adik baru,” tulisnya.

Namun kata Shuhada, halangan terbesar untuknya sekarang adalah disebabkan usia. Kandungannya terlalu awal, dia tidak boleh mengambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan.

“Ibu takut ibu beri kesan kepada ‘baby’ dalam kandungan. Sekarang ibu kena berjuang tanpa ubat. Tak mudah bagi ibu, tapi ibu kena kuat untuk anak ibu,” tulisnya.

Tambah Shuhada lagi, dia juga ada terbaca berita tentang kes ibu berpantang yang tikam leher sendiri sebab tertekan. Dan berita itu sangat menakutkan dirinya.

“Ibu tanya diri sendiri, mampu ke ibu hadap perjalanan ini. Mampu tak ibu kuat sepanjang proses ini. Ibu nak terus sihat untuk Humairah, Umar dan adik. Ibu nak lihat anak-anak membesar depan mata ibu dan sama-sama kita susah senang.

“Hari ini seharian ibu menangis. Tadi (semalam), di hospital ibu jatuh pengsan. Doktor minta ibu buka puasa sebab ibu tak cukup kuat dan boleh bahayakan kandungan. Ibu termenung serabut. Air mata tak henti-henti mengalir.

“Apa yang berlaku ini ibu terima. Walaupun payah nak telan. Walaupun ibu dihina, dimaki, dikhianati, ditipu, dikasari dan kena hadap segala perjalanan dan dugaan yang ada ini,” tulisnya.

Luahnya lagi, pada permulaan episod duka dalam hidupnya, dia sering berasa keseorangan. Namun Allah telah hadirkan ramai insan hebat untuk bantu dan sokongnya agar bangkit dan berdiri di atas kaki sendiri.

“Terima kasih Allah, terima kasih semua. Tak dapat ibu nak balas budi semua selain terus maju ke depan tanpa toleh belakang lagi.

“Sempena malam akhir Ramadan ini, ibu berdoa agar Allah kurniakan pelangi untuk setiap ujian yang ibu lalui. Itulah tanda Allah kasihkan ibu,” tulisnya.

Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen termasuklah rakan selebriti dilihat memberikan kata-kata semangat buat Shuhada supaya dia terus kuat demi bayi si dalam kandungannya.

Ada juga yang berpendapat apa yang sedang berlaku kepada Shuhada ibarat plot di dalam drama Melayu yang sering ditonton mereka.

Semoga Shuhada terus kuat dan tabah menghadapi segala ujian. Jaga diri dan kesihatan demi anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan segala urusan. - Getaran, 14 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sarat Mengandung, Izara Sahkan Cahaya Mata Kedua Dijangka Lahir Bulan Depan 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ira Kazar Mengandung? Saya Tak Mahu Ambil Tahu - Yusof Haslam

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Hamil Anak Pertama, Yaya Zahir Kongsi Detik Beritahu Suami Dan Insan Tersayang

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Mengandung, Cuma Terlebih Makan’- Sharifah Sakinah 

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas