web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hamil Anak Pertama, Yaya Zahir Kongsi Detik Beritahu Suami Dan Insan Tersayang

Yaya telah memuatnaik sebuah video dimana memaparkan momen sewaktu pertama kali dia memberitahu suami dan insan tersayang tentang berita kehamilannya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 3:00PM

Kandungan Yaya kini berusia enam bulan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara dan pempengaruh media sosial popular, Yaya Zahir mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak sulung. Berita gembira itu dikongsikan oleh pengacara Hlive ini di akaun Instagram pada malam tadi.

Yaya telah berkongsi sebuah video yang telah disediakan khas yang memaparkan tentang momen-momen dimana dia berkongsi berita mengenai kehamilannya kepada semua insan yang disayanginya termasuklah suami, ibu, adik beradik, rakan karib serta rakan selebriti.

“Lama sangat saya simpan rahsia ini. Nampaknya dah tak lama lagi. Tolong doakan kami,” tulisnya di Instastory.

Tarikh 18 Ogos 2022 merupakan tarikh dimana dia memberitahu suaminya buat pertama kali bahawa dia sedang berbadan dua. Kini kandungan Yaya telah pun berusia enam bulan.

Antara rakan-rakan selebriti yang dilihat berada dalam video berkenaan termasuk Yuna, Azira Syafinaz, Daiyan Trisha dan Adriana Adnan. Masing-masing dilihat terharu dan terkejut saat diberitahu bahawa Yaya sedang hamil. 

Di bahagian komen juga kelihatan ramai rakan selebriti yang mengucapkan tahniah kepadanya. Antaranya,  Mira Filzah, Kaka Azraf, Eyka Farhana danan Zizi Kirana.

Yaya dan suaminya Arriz Azim telah mendirikan rumah tangga  pada tahun 2019. Tahniah diucapkan kepada Yaya dan suami. Semoga segala urusan dipermudahkan menjelang hari kelahiran. - Getaran, 20 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sarat Mengandung, Izara Sahkan Cahaya Mata Kedua Dijangka Lahir Bulan Depan 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerugian Akibat Penipuan FB Dan IG Cecah RM302 Juta - Teo

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Zizie Izette, Alya Iman Dan Isteri Haqiem Rusli Tanggal Tudung Di Hari Raya

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas