web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ira Kazar Mengandung? Saya Tak Mahu Ambil Tahu - Yusof Haslam

Yusof enggan memberi komen lanjut yang boleh memanjangkan cerita mengenai kemelut rumah tangga anaknya bagi menjaga hati semua pihak.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 9:50AM

Yusof tidak menerima apa-apa khabar daripada Syamsul mengesahkan keadaan isteri keduanya itu.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam enggan ambil peduli mengenai perkembangan semasa menantunya, Ira Kazar yang dikatakan sudah berbadan dua.

Setakat ini, dia tidak menerima apa-apa khabar daripada Syamsul mengesahkan keadaan isteri keduanya itu.

“Ira Kazar hamil? Saya tidak tahu dan saya tidak mahu ambil tahu kalau dia sudah hamil. Lagi pun dia dah duduk rumah sendiri dengan Syamsul,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media filem ‘Harum Malam’.

Bukan itu sahaja, Yusof juga enggan memberi komen lanjut yang boleh memanjangkan cerita mengenai kemelut rumah tangga anaknya bagi menjaga hati semua pihak.

“Saya tak mahu komen, saya kena jaga hati banyak orang. Biar masa yang menentukan. Saya pun dah janji dengan isteri saya untuk tidak memberikan apa-apa lagi kenyataan agar tidak melukakan hati sesiapa. Saya sayang anak saya, menantu saya dan besan saya.

“Syamsul anak saya, saya nak jaga hati dia juga. Saya tak mahu hubungan saya dengan  dia menjadi buruk,” tambahnya.

Terdahulu, Syamsul Yusuf membuat pendedahan terbuka di media sosial sudah mengahwini Ira Kazar sebagai isteri kedua.

Rentetan itu, isteri pertamanya Puteri Sarah terus memfailkan perceraian pada 16 Januari lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Tarikh sebutan kes permohonan cerai bakal berlangsung pada 7 Mac depan. - Getaran, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sarat Mengandung, Izara Sahkan Cahaya Mata Kedua Dijangka Lahir Bulan Depan 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa