web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Teringin Watak Bapa Teraniaya Dalam Drama Air Mata - Jaafar Onn Akui Letih Bawa Watak Lembut 

Jaafar Onn juga akui terkilan dengan sikap hasad dengki beberapa individu yang menyebarkan cerita tidak sahih sekaligus mempengaruhi tawaran lakonan yang diterimanya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 3:00PM

Jaafar Onn terkilan dengan sikap hasad dengki beberapa individu yang menyebarkan cerita tidak sahih sekaligus mempengaruhi tawaran lakonan yang diterimanya. - Gambar Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn terkilan dengan sikap hasad dengki beberapa individu yang menyebarkan cerita tidak sahih sekali gus mempengaruhi tawaran lakonan yang diterimanya.

Menurut Jaafar Onn Awang atau lebih mesra disapa sebagai papa, sejak dahulu lagi, ada sahaja individu yang menyebarkan cerita tidak benar mengatakan dia hanya menerima tawaran berlakon karakter lembut semata-mata. 

“Kadang-kadang yang menjatuhkan kita adalah orang kita juga. Dikatakan saya ini tak boleh berlakon. Jika mahu berlakon pun, kononnya saya hanya mahukan bawa watak lembut sahaja. 

“Saya rasa terkilan sebab sebenarnya apa sahaja watak yang orang bagi, saya akan terima,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis berbuka puasa anjuran Astro baru-baru ini.

Menjangkau usia 70 tahun, Jaafar mengakui masih kuat untuk aktif dalam dunia lakonan dan pengacaraan. Sehingga hari ini dia mengimpikan diberi peluang membawakan watak seorang bapa dalam sebuah drama air mata.

“Saya teringin membawakan watak seorang bapa yang dianiya anak-anak. Saya mencari sesiapa yang nak buat projek itu sebab saya boleh menangis. Ini tidak, asyik watak lembut sahaja.

“Saya masih boleh aktif sebab saya makan supplement,” tambahnya.

Walaupun sebelum ini Jaafar dimasukkan ke Hospital Ampang akibat sesak nafas kerana keletihan. Namun doktor mengesahkan keadaan kesihatannya sudah semakin baik dan hanya perlu hadir ke hospital setiap bulan bagi sesi pemantauan.

“Saya tak rasa akan memperlahankan aktiviti kerana lepas raya saya ada penggambaran untuk sebuah drama dan menghadiri beberapa jemputan rumah terbuka. Kita tengok dulu macam mana. 

“Namun doktor ada nasihatkan saya untuk datang buat pemeriksaan setiap bulan. Selain itu saya tiada masalah. Paras gula, kolesterol dan gula saya normal. Jadi tidak perlu bimbang,” katanya. - Getaran, 12 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Arwah Jaafar Onn Sering Ingatkan Mengenai Solat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jaafar Onn Miliki Bakat Unik, Tersendiri - PM

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 9 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN