web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nak Kahwin? Kukuhkan Kewangan Dulu - Tajul Akui Faktor Kewangan Adalah Perkara Mustahak Bagi Lelaki 

Pemilik nama penuh Tajul Ariff Noor Md Saari itu berkata, bernikah pada usia 19 tahun membuatkannya mencuba pelbagai cara untuk mengukuhkan kewangan keluarga.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 12:00PM

Bernikah pada usia 19 tahun membuatkan Tajul mencuba pelbagai cara untuk mengukuhkan kewangan keluarga. - Gambar Instagram Tajul Official

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Tajul tidak menolak faktor kewangan adalah perkara mustahak yang wajar difikirkan oleh mana-mana lelaki sebelum berani memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Pemilik nama penuh Tajul Ariff Noor Md Saari itu berkata, bernikah pada usia 19 tahun membuatkannya mencuba pelbagai cara untuk mengukuhkan kewangan keluarga.

“Kami tidaklah terlalu susah. Cuma saya dan isteri banyak berfikir bagaimana untuk kami kukuhkan lagi kewangan keluarga. Dari situlah timbulnya idea untuk belajar ilmu perniagaan dan mula mengusahakan produk ramping milik isteri.

“Apa yang penting adalah bagaimana suami isteri melakukan perbincangan dan menyusun perancangan dengan lebih baik. 

“Bila kita dapat apa yang kita nak, kita kena ingat saat susah yang pernah kita lalui dahulu agar kita tidak sia-siakan apa yang kita miliki hari ini,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis berbuka puasa bersama syarikat pengurusan artis FMC di Bangi.

Tidak pernah menyesal mengakhiri zaman bujang pada usia muda, Tajul walau bagaimanapun menasihati orang ramai yang ingin berkahwin agar mempunyai sumber pendapatan dan kewangan yang stabil.

“Kahwin muda ada fasa susah dan senang. Ia bercampur baur. Tapi jodoh saya sudah sampai. Isteri banyak mengubah saya dan dia juga sangat hormat pada orang tua. Kalau saya bekerja, dia faham dan tidak pernah mengomel apa-apa.  

“Kalau golongan muda nak kahwin awal  pesan saya cuma tiga benda iaitu kena kuatkan mental, sabar dan kukuhkan kewangan. Kita sebagai ketua keluarga dan bapa ada banyak perkara yang kita kena fikirkan termasuk anak, isteri, mentua dan kerjaya,” tegasnya.

Menurutnya lagi, berita keretakan rumah tangga  selebriti akibat faktor kewangan dan culas melaksanakan tanggungjawab sebagai suami sedikit sebanyak memberi impak kepada isterinya.

“Maklumlah perempuan, berita itu membuatnya terfikir-fikir. Kadangkala ada juga isteri bertanya kepada saya. 

“Namun saya pesan, ini semua kita serahkan kepada Allah sebab kita pun tak tahu jodoh kita bagaimana. Apa yang jadi kepada orang lain, itu memang bahagian ujian dia. Bahagian kita tak tahu lagi,” katanya.

Terdahulu, Tajul melangsungkan perkahwinan bersama-sama Nurul Shameiza Eddie pada tahun 2017. Namun begitu, mereka merahsiakan perkahwinannya daripada pihak media demi pemergian bapa mentuanya. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata aitu Adriana Carissa dan Adrian Rifqy. - Getaran, 6 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN