web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 12:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Malam Semakin Dingin' - Tajul & Afieq Shazwan

Gandingan menarik ini menampilkan sebuah lagu yang agak kuat aura pop Melayunya. Jiwang dan leleh mungkin dua kata yang sesuai untuk menggambarkan karya ini kerana ia akan mengingatkan anda kepada zaman kemuncak lagu-lagu kumpulan Melayu pop dendangan Spoon, Scoin dan seumpamanya. Ditambah pula dengan gaya nyanyian Tajul dan Afieq Shazwan yang memang sinonim dengan genre mendayu-dayu membuatkan ia lagu yang mungkin akan disukai golongan majoriti yang mendengar. Ciptaan Aiman dan lirik oleh Lukhman S, kami yakin para pengikut setia genre sebegini akan menyukainya.

 

'Berani' - Dolla

Seperti nama lagunya, kumpulan yang semakin hari semakin popular ini benar-benar berani mencuba untuk keluar dari zon selesa mereka. Selepas menjadi artis kumpulan wanita pertama yang menghiasi papan iklan digital di New York mereka muncul dengan karya berjudul 'Berani' ciptaan penuh John Jeeves dan Firdaus Rahmat. Berbanding lagu-lagu mereka sebelum ini yang berentak rancak dan sesuai untuk berdansa, 'Berani' lebih perlahan dan memberikan mereka peluang untuk menyerlahkan sedikit kebolehan vokal masing-masing. Susunan muziknya juga menepati warna vokal Dolla dan membuka peluang kepada mereka untuk meneroka lebih banyak lagu seperti ini di masa hadapan. 

'Kau Sahabat Kau Teman 2021' – Munif Hijaz 

Lagu ciptaan penuh Munif Ahmad ini merupakan satu penghargaan buat mereka yang telah pergi dan ia wajar diberi pujian. Diberikan susunan muzik yang lebih kontemporari sesuai dengan era masa kini ia sebenarnya ada sedikit kelainan daripada lagu-lagu nasyid pop yang sering kita dengari sebelum ini. Namun begitu, suara Munif yang begitu akrab dengan genre ini akhirnya tetap membuat lagu ini berbaur dengan lagu-lagu Hijjaz yang pernah popular satu ketika dahulu. Yang pasti, Munif mempunyai identiti vokal tersendiri dan ini membuatkannya mudah untuk dikenali dalam setiap karya. 

 

'KakakAdik' - Qis Maraj dan Mawar Berduri

Satu gabungan pelantun hip hop wanita Singapura yang mantap. 'KakakAdik' menampilkan penyanyi rap senior Mawar Berduri bergandingan bersama bakat yang semakin meningkat naik iaitu Qis Maraj. Muzik hip hop yang dipaparkan dalam karya sangat menghiburkan dan selingan irama bernuansa Indonesia yang diselitkan menjadikannya lebih menarik lagi. Kekuatan vokal mereka juga nampaknya sepadan dan tidak ada masalah vokal yang menenggelamkan satu sama lain. Malah paduan suara mereka berdua seolah-olah saling melengkapi dan membawa makna yang lebih besar pada lagu ini. Tahniah diucapkan kepada Qis Maraj serta Mawar berduri untuk projek ini!  

 

'Hourglass' - Zaiana 

Sekali lagi minggu ini, karya Brunei menjadi karya kegemaran saya dalam senarai ulasan ini berkat lagu yang berjudul 'Hourglass' oleh Zaiana. Lagu berbahasa Inggeris ini mempunyai kelas tersendiri dan jika anda mendengarnya anda tidak mungkin dapat meneka yang ia dinyanyikan oleh seorang gadis Melayu Brunei. Zaiana mempunyai suara yang merdu dan nada vokal yang sedap didengar. Mengingatkan saya kepada Demi Lovato, dan Selina Gomez, 'Hourglass' ciptaan Mirza Yusof dan Wacko Genius ini mempunyai gubahan muzik yang menepati citarasa masa kini dan tidak perlu berlebih-lebihan dalam persembahan. Ini mungkin membuatnya menjadi satu karya yang berkualiti dan benar-benar wajar diberi perhatian. Semoga kami diberi peluang mendengar lebih banyak karya daripada Zaiana di masa hadapan. - Getaran, 29 September 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

2

Muzik 2 tahun yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Anggota Kumpulan Dolla Iaitu Angel Kena Serang Peminat Fanatik, Gara-Gara Tak Puas Hati Gosip Bercinta Dengan Nadhir Nasar

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ditegur Neneknya, Pelakon Rozie Othman, Tentang Pemakaian Seksi - Syasya Dolla Akui Tidak Mahu Jadi Hipokrit

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN