web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggota Kumpulan Dolla Iaitu Angel Kena Serang Peminat Fanatik, Gara-Gara Tak Puas Hati Gosip Bercinta Dengan Nadhir Nasar

Menurut Angel, dia tidak mengambil hati dengan tindakan fanatik peminat pelakon Projek: High Council itu menyerangnya, malah dia memahami perasaan mereka sebagai peminat.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 4:06PM

Angel (Dolla) memahami sikap fanatik peminat perempuan yang prihatin dengan artis kesayangan mereka. - Gambar Instagram Angel

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anggota girl group Dolla iaitu Angel mendedahkan dia pernah diserang peminat fanatik kepada pelakon Nadhir Nasar gara-gara tidak berpuas hati dengan gosip yang mengatakan mereka berdua bercinta.

Angel bagaimanapun mengakui, tidak mengambil hati dengan tindakan fanatik pelakon 'Projek: High Council' itu menyerangnya, malah dia berkata, dia memahami perasaan mereka sebagai peminat.

“Pernah juga, saya diserang mereka (peminat fanatik Nadhir), tapi saya memahami perkara itu kerana sebagai peminat wanita pastinya kita prihatin dengan artis kesayangan kita. 

“Itu perkara biasa, saya tak rasa marah terhadap mereka. Saya faham perasaan mereka. Tapi, tidaklah terlalu ramai yang menyerang dan saya okay saja,” katanya.

Nadhir Nasar - Gambar fail
Nadhir Nasar - Gambar fail

Angel berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada majlis Music Is Universal bersama media baru-baru ini.

Angel atau nama sebenarnya, Angelina Chai Ka Yin, 22, turut berpendapat, komunikasinya dengan Nadhir hanyalah sekadar kawan seindustri dan tidak lebih daripada itu.

Jelas vokalis kumpulan Dolla itu lagi, walaupun sering berbalas komen di media sosial, dia menafikan dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 27 tahun itu.

“Bagi saya, berbalas komen itu tidak membawa maksud apa-apa, cuma berteman biasa sahaja. Kami selalu berjumpa di luar hanya sekadar teman yang bertanya khabar sahaja.

“Saya kenal Nadhir pun ketika sama-sama muncul dalam program MeleTop, keluar berdua pun tidak pernah apatah lagi, nak bercinta.

“Kalau berjumpa di majlis, kami akan tegur antara sama lain. Namun, saya tidak menafikan, kami berdua memang mengharapkan akan ada projek bersama. Jadi, kami dapat menimba pengalaman bekerjasama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Angel turut mengakui dirinya juga seorang peminat Nadhir terutama lakonannya menerusi drama popular 'Projek : High Council' yang mencipta fenomena tersendiri sebelum ini. – Getaran, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

2

Muzik 2 tahun yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukit Aman Nafi Tahan, Panggil Sanusi 

4

Pendidikan 3 tahun yang lalu

KPT Nafi Syarat Ketat Pinjaman, Biasiswa Faktor Lepasan SPM Tidak Lanjut Ke IPT

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa