web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Lagi Ceria Selepas Disantau, Andi Bernadee Tinggalkan Media Sosial Setahun

Pelantun lagu Penat itu mengakui ujian terkena perbuatan sihir membuatkan mentalnya terganggu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 9:11PM

Andi Bernadee - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu demi satu ujian yang menimpa Andi Bernadee pada tahun-tahun lalu, dan ia  membuatkan penyanyi itu semakin menyepi dari keriuhan media sosial. 

Pelantun lagu 'Penat' itu mengakui ujian terkena perbuatan sihir membuatkan mentalnya terganggu. Selain itu, kes pecah amanah yang dilakukan individu terdekatnya juga membuatkan Andi tidak lagi seceria dahulu. 

“Terus terang saya katakan, kes itu (kes pecah amanah) dan santau memberi kesan kepada saya sehingga hari ini. Saya mengalami gangguan ingatan dan sukar menghafal bila masuk set penggambaran walaupun hanya satu helai skrip. Kalau dulu, saya boleh hafal sampai empat helai skrip,” katanya yang juga sedang menjalani pelbagai rawatan alternatif sebagai ikhtiar penawar kepada sakit yang dialaminya. 

Setahun menyepi dari media sosial, Andi mengakui membawa diri mengembara ke marata-rata tempat, selain pernah terfikir untuk menutup akaun media sosial sekaligus berhenti daripada terlibat daripada apa-apa aktiviti seni.

Andi bersyukur kerana dirinya sudah menunjukkan perkembangan positif. - Gambar dari Instagram
Andi bersyukur kerana dirinya sudah menunjukkan perkembangan positif. - Gambar dari Instagram

“Setahun lebih juga saya tak kemas kini apa-apa di media sosial. Saya  banyak habiskan masa untuk travel tapi kali ini saya tak muat naik di mana-mana. Pendek kata, saya pergi healing.

“Jauh dari media sosial membuatkan saya rasa aman. Zaman media sosial sekarang sangat jahat. Apa yang kita pakai, gaya potongan rambut semua orang akan perkatakan. Saya tak mahu lagi berada keadaan itu dan meminta persetujuan daripada semua orang. Saya tak mahu menjadi hamba, lagi pula saya sudah 32 tahun.

“Saya pernah terfikir nak tutup media sosial dan berhenti daripada terus berada di bidang ini. Tapi kalau saya berhenti, bagaimana dengan keluarga saya kerana saya boleh dikatakan bertanggungjawab untuk tanggung keluarga. Kalau saya tak kerja, siapa nak jaga dan uruskan kelangkapan mereka ,” katanya lagi kepada Getaran semalam.

Namun begitu, Andi bersyukur kerana hari demi hari dirinya sudah menunjukkan perkembangan positif sehingga 60 peratus dan meminta peminat untuk sama-sama mendoakan kesihatannya agar dapat kembali menjadi seorang Andi yang ceria seperti dahulu.

Kembali memeriahkan industri hiburan, Andi hadir dengan buah tangan terbaharu iaitu lagu Raya Last Minute bersama-sama pempengaruh Ryan Bakery. Lagu ciptaan Firdaus Rahnat, Iqie Hugh dan John Jeeves itu sudah boleh didengari di semua platform penstriman mulai hari ini. - Getaran, 31 Mac 2023 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 15 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN