web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Rindunya Pada Mereka Ya Allah" - Farid Kamil Luah Rasa Rindu Pada Keluarga Di Instagram 

Farid Kamil telah memuat naik video kenangan mereka sekeluarga sewaktu mengerjakan umrah pada Februari lalu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 9:00AM

Farid Kamil yang sedang berhadapan dengan krisis rumah tangga telah meluahkan rasa rindu pada isteri dan anak-anaknya di media sosial. - Gambar Instagram Farid Kamil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal, Farid Kamil yang sedang berhadapan dengan krisis rumah tangga telah meluahkan rasa rindu pada isteri dan anak-anaknya di media sosial.

Menerusi hantaran Farid di akaun Instagram, dia telah memuatnaik video mereka sekeluarga sewaktu menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.

"Rindunya pada mereka ya Allah. Sampaika pada mereka ya Allah kerana aku tidak mampu" tulisnya di bahagian kapsyen. 

Di bahagian komen hantaran berkenaan, kelihatan ramai netizen yang mendoakan agar Farid dalam bertemu isteri dan anak-anaknya. 

Malah, ada netizen yang berkongsi telah terserempak dengan Farid sekeluarga sewaktu melakukan ibadah tawaf di tanah suci dan mereka kelihatan bahagia. 

"Bulan Februari hari itu jumpa mereka satu keluarga di Mekah masa tengah buat tawaf naik skuter. Nampak mereka keluarga bahagia. Semoga yang baik-baik sahaja buat mereka sekeluarga," tulis pengguna Instagram berkenaan.

Terdahulu, minggu lalu industri hiburan negara dikejutkan dengan berita Diana Danielle yang telah memfailkan tuntutan penceraian daripada suaminya. Farid juga dikatakan telah dihalang untuk bertemu anak-anaknya di rumah mereka. 

Farid dan Diana juga bakal melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Selasa ini selepas Farid enggan menceraikan Diana sewaktu prosiding pertama kes penceraian mereka berlangsung.

Melalui JKP, wakil yang dilantik akan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian sebelum hasil perbincangan dikemukakan kepada mahkamah. 

Sekiranya JKP tidak dapat menemui jalan penyelesaian atau mendapat berlaku shiqaq, Mahkamah Syariah akan melantik hakam bagi yang akan memberikan kata putus bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan sepanjang hidup bersama mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. - Getaran, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Capai Kata Sepakat

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Farid Kamil Enggan Lafaz Cerai, Kes Diteruskan Untuk Proses Hakam

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Anwar: The Untold Story' - Berani, Kontroversi Dan Penuh Emosi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...