web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Orang Terakhir Yang Mahu Gugurkan Aaron Aziz - Syamsul Yusof

Menurut Syamsul, keputusan untuk menggugurkan nama Aaron Aziz daripada filem ‘The Original Gangster’ adalah di atas perbincangan dengan semua pihak termasuklah penerbit, pelakon serta kru yang terlibat.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 8:04AM

Syamsul bercakap kepada media pada sidang media khas semalam - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof akhirnya mendedahkan sebab kenapa nama pelakon popular, Datuk Aaron Aziz digugurkan daripada membintangi filem arahannya yang berjudul The Original Gangster.

Menurut Syamsul, bukan kehendaknya 100 peratus untuk menggugurkan Aaron Aziz daripada membintangi filem itu, sebaliknya ia adalah keputusan dan kata sepakat daripada pihak penerbit serta barisan pelakon lain yang terlibat.

“Minta maaf, tetapi saya perlu cakap benda betul dekat sini. Sayalah orang terakhir yang mahu menggugurkan nama Aaron Aziz dalam filem ini.

“Penerbit saya dah cakap Syamsul, Aaron tak boleh, dia dah tua, dia dah gemuk. Saya cakap kita beri Aaron masa sebab dia dah janji dengan saya dia boleh kuruskan badan, dia boleh ‘training’.

“Saya berbincang dengan beberapa orang penerbit yang terlibat dengan filem ini bahawa saya sanggup ‘extend’ waktu penggambaran untuk beri masa pada Aaron Aziz.

“Namun sebab pertama nama Aaron Aziz digugurkan daripada filem ini adalah kerana, sebagai seorang sahabat, saya takut apa-apa terjadi dengannya sewaktu penggambaran terutamanya babak-babak aksi kerana dia mengalami sakit slipped disc.

“Jika ada apa-apa yang berlaku nanti saya pula yang akan dipersalahkan,” jelasnya ketika ditemui di sidang media khas pada semalam.

Selain itu, dedah Syamsul lagi, keputusan ini dibuat selepas dia diberitahu para pelakon yang terlibat termasuk Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy serta pasukan koreografi juga barisan penerbit bahawa mereka tidak yakin Aaron Aziz dapat berlakon filem ini kerana kondisi dirinya.

“Sebelum menjalani penggambaran, kita ada proses latihan. Semua beritahu saya bahawa Aaron ada masalah sewaktu sesi latihan termasuk masalah disiplin. Saya kalau boleh tak nak cakap benda ni. Tetapi saya terpaksa cakap. Semua orang ada masalah dengan dia.

“Tetapi saya masih ingin berikan dia peluang kerana saya faham dia tengah sakit. Mereka juga ada berkongsi video sesi latihan dengan saya.

“Namun, setelah berbincang, memang kita tidak boleh buat apa-apa. Masalah kesihatan ini tidak boleh dibuat main,” kongsinya.

Tambah Syamsul lagi, dia sendiri yang menghubungi Aaron untuk memberitahu bahawa pihak produksi terpaksa menggugurkan namanya.

Syamsul dan Aaron Aziz - Gambar Instagram
Syamsul dan Aaron Aziz - Gambar Instagram

“Saya hubungi dia dan minta maaf kerana terpaksa menggugurkan nama dia walaupun saya sayangkan dia.

“Sayalah orang pertama yang nak dia jadi hero filem ini, I still believe in Aaron Aziz. Tetapi nak buat macam mana, mungkin kerana faktor usia dan kesihatan.

“Dan, ketika itulah dia melantun. Dia cakap ini mesti keputusan daripada pihak saya. Tetapi saya cakap saya tak boleh buat apa-apa. Saya dah cuba pujuk dan lakukan yang terbaik untuk meyakinkan pihak penerbit.

“Saya beritahu padanya, bro aku tak nak bergaduh dengan kau. You are still my brother no matter what. Tetapi kalau itulah pandangan kau terhadap aku, aku nak buat macam mana bro?” ujarnya.

Namun kata Syamsul, dia terkilan kenapa baru sekarang Aaron ingin membesarkan hal ini di saat dia sedang bergelut dengan masalah rumah tangganya bersama Puteri Sarah.

“Aaron Aziz kata saya kena minta maaf dengan dia. 'Jangan sampai aku buka aib kau'. Apa benda ni? Inikah Aaron Aziz yang aku kenal selama ini? Hero yang aku pandang tinggi?

“Lepas tu tak habis-habis buat ‘live’ di Tik Tok perli-perli saya cakap tahulah dia dah besar, ada rumah besar, kereta besar. Ini cerita apa ni? What are you talking about? Nak saya jumpa dia dan minta maaf. Atas sebab apa? Saya tak faham.

“Secara umum saya cakap, kita sebagai seorang selebriti kalau rasa nama kita dah goyah atau jatuh, nombor satu kita kena percaya rezeki Allah.

“Lebih atau kurang Kita kena terima. Lepas tu kita cuba buktikan dengan hasil kerja kita dengan bakat yang Allah kurniakan.

“Bukan cari point macam mana nak naikkan nama balik dengan menunggang kisah orang lain,” katanya.

Kongsi Syamsul lagi, sebagai seorang pelakon, dia juga pernah melalui pengalaman nama terpaksa digugurkan daripada membintangi sebuah filem arahan Adrian Teh.

“Adrian mahu saya buat beberapa latihan ‘weight training’. Bila dah dekat tempoh penggambaran, saya tak dapat ‘deliver’ kehendak watak yang pengarah inginkan. Adrian ada hak sebagai pengarah.

“Dia kata, Syamsul saya terpaksa gugurkan nama awak sebab saya tak dapat ‘deliver’ apa yang dia nak. Tetapi saya terima. Tak ada pula saya gunakan media sosial untuk hentam Adrian,” kongsinya.

Terdahulu minggu lalu Aaron Aziz membuat pendedahan kepada pihak media bahawa nama beliau telah digugurkan daripada membintangi filem ‘The Original Gangster’.

Namun dia enggan mendedahkan sebab kenapa namanya digugurkan atas alasan mahu menjaga aib. - Getaran, 23 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kes Perceraian Terus Berpanjangan, Puteri Sarah Liyana Dakwa Talak Pernah Jatuh Sebanyak Dua Kali 

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad